tag:blogger.com,1999:blog-84522305192731455362024-03-13T00:41:22.664-07:00Kesihatan Warga Bumiluxumanahttp://www.blogger.com/profile/07647843786561632823noreply@blogger.comBlogger18125tag:blogger.com,1999:blog-8452230519273145536.post-23626094844378466442009-01-01T23:40:00.002-08:002009-01-01T23:41:28.089-08:00Bersihkan persekitaran, hindar ChikungunyaCHIKUNGUNYA merupakan sejenis penyakit viral disebarkan menerusi jangkitan akibat gigitan nyamuk aedes yang turut membawa virus demam denggi dan demam kuning.
Penyebaran Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania, Afrika Timur pada 1953. Sejak itu, epidemik ini berlaku di Filipina (1954, 1956 dan 1968), Indonesia (1973), Thailand, Kemboja, Vietnam, India, Myanmar, Sri Lanka dan Indonesia.
Bermula pada 2003, wabak ini telah berleluasa di kepulauan Lautan Pasifik termasuk Madagascar, Comoros, Mauritius dan La Reunion, dengan jumlah kes yang semakin meningkat terutama selepas bencana tsunami pada Disember 2004.
Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hassan Abdul Rahman berkata, kes pertama di Malaysia dilaporkan berlaku di sebuah kawasan di Klang, Selangor pada tahun 1998 dan tidak lama selepas itu turut membabitkan kawasan perumahan di Perak.
Katanya, meskipun jumlah kes Chikungunya semakin menurun di negara ini namun pihaknya masih meneruskan pemantauan secara berkala sebelum mengesahkan negara benar-benar bebas daripada penyakit itu.
Jumlah kes terkumpul sepanjang April sehingga minggu lalu adalah sebanyak 3,984 kes manakala sehingga 23 Disember lalu sebanyak 4,034 kes telah dicatatkan.
‘‘Kami menerima antara 100 hingga 150 laporan mengenai kes Chikungunya dalam seminggu dan minggu lalu dicatatkan 119 kes baru,’’ katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Menurut Dr. Hassan, setiap kawasan perumahan di negara ini tidak terkecuali daripada jangkitan penyakit Chikungunya kerana ia dibawa oleh dua jenis nyamuk iaitu Aedes Albopictus dan Aedes Aegypti yang turut menyebarkan virus demam denggi.
Penyakit demam Chikungunya merupakan penyakit endemik tercetus daripada virus Chikungunya jenis Genus Alphavirus dalam keluarga Toganiridae.
Terdapat dua jenis trend virus jangkitan Chikungunya iaitu Afrika Barat dan Afrika Selatan. Kedua-dua jenis rantaian virus ini mengambil masa antara lima hingga tujuh hari untuk mengeram.
Setelah itu barulah simptom penyakit mula menyerang pesakit kira-kira tiga hingga 10 hari manakala tempoh pemulihan pula memakan masa seminggu lagi.
‘‘Pesakit lazimnya tidak akan mengalami sebarang perubahan pada minggu pertama virus itu mengeram namun selepas itu mereka akan mula demam, ruam dan sakit badan apabila virus itu mula menyerang.
‘‘Pada waktu ini juga, antibodi badan akan mula bertindak untuk melawan virus berkenaan sebelum bermulanya proses pemulihan,’’ jelas beliau.
Simptom virus Chikungunya boleh disalah anggap dengan manifestasi klinikal menyerupai virus denggi antaranya:
lDemam panas mengejut sehingga 39 darjah Celsius.
lSakit teruk pada sendi (artritis atau atralgia) terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan dan buku lali, atau rasa ngilu pada tulang.
lRuam pada kaki, tangan dan badan,
lSakit kepala berserta demam (antara satu hingga tujuh hari, kebiasaannya lima hari).
lInsomnia.
lKesejukan, menggigil.
lKurang selera makan.
lPerut meragam.
lMata merah, sedikit fotofobia (sensitif kepada cahaya), loya dan muntah.
lSeperti penyakit arbovirus lain, jangkitan Chikungunya juga mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala (asimptomatik) atau menyebabkan kesakitan yang teruk dan gejala yang berpanjangan.
Sehingga kini, belum ada kes mengenai pendarahan atau kematian akibat Chikungunya pernah dilaporkan di Malaysia. Pun begitu, sesetengah pesakit biasanya mengalami gejala berpanjangan bergantung kepada usia pesakit berkenaan.
Contohnya, pesakit yang berumur boleh mengalami kesan kesakitan berulang terutama pada bahagian sendi sehingga beberapa bulan.
Seperti kebanyakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus, Chikungunya tidak mempunyai rawatan khusus. Selalunya, rawatan akan diberikan mengikut simptom klinikal yang dialami oleh pesakit berkenaan.
Kebanyakan kes memerlukan rawatan pesakit luar disebabkan tiada vaksin.
Walaubagaimanapun, orang ramai yang mengalami gejala penyakit ini digalakkan agar mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran.luxumanahttp://www.blogger.com/profile/07647843786561632823noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8452230519273145536.post-19356627138261382352009-01-01T23:40:00.001-08:002009-01-01T23:40:48.663-08:00Tangani sakit, sengal di tempat kerjaSELAMA lapan jam sehari dan lima hari seminggu bekerja menghadap komputer, sudah pasti seseorang itu akan mengalami sakit dan sengal pada leher dan bahu. Sakit pada leher biasanya akan melarat ke bahagian bahu. Ini kerana postur kedudukan yang salah. Statistik menunjukkan iaitu bilangan pekerja kolar putih yang mempunyai bidang kerja seperti itu sering mengalaminya dan kian meningkat di seluruh Asia.
Dalam satu kajian khas yang dilakukan oleh jenama kelegaan sakit dan sengal badan, Tiger Balm di Malaysia mendapati:
l25 peratus daripada pekerja kolar putih mengalami sakit dan sengal pada leher dan bahu setiap hari.
lDaripada sekumpulan peserta kajian berusia 18 hingga 60 tahun, 35 peratus daripada mereka menderita sakit dan sengal pada leher dan bahu adalah berusia antara 20 hingga 29 tahun.
lHampir 50 peratus daripada pekerja kolar putih yang menderita sakit dan sengal pada leher dan bahu menggunakan ubat penenang bagi meredakan sakit dan 43 peratus daripada mereka tidak berpuas hati dengan hasilnya.
lLebih satu perlima daripada wanita yang menyertai kaji selidik menderita sakit dan sengal pada leher dan bahu setiap hari.
lMasa yang terlalu panjang atau aktiviti fizikal yang berlebihan di tempat kerja atau rumah merupakan sebab utama sakit dan sengal pada leher dan bahu. Malah mereka juga didapati menderita sakit dan sengal pada leher dan bahu dalam senyap, sambil mengharapkan masalah ini akan sembuh dengan sendiri.
Sementara itu satu kajian yang dijalankan oleh Tiger Balm pada tahun 2004 mendedahkan bahawa mereka yang menderita sakit dan sengal pada leher dan bahu tidak berusaha untuk mendapatkan penyelesaian berbanding mereka yang menderita sakit lain. Masalah ini jika dibiarkan untuk tempoh yang lama boleh memudaratkan tubuh badan dan kesihatan, selain mengurangkan produktiviti di tempat kerja.
Namun masalah sedemikian boleh dibantu di mana hanya 10 peratus daripada rasa sakit memerlukan rawatan khusus, sementara yang bakinya boleh diatasi dengan cara yang mudah.
Ini kerana anda kini boleh menikmati kelegaan yang cepat dan berkesan dengan Krim Tiger Balm Leher dan Bahu baharu.
Pelancaran produk berkenaan baru-baru ini, dirumus khas untuk melegakan sakit dan sengal pada leher dan bahu setiap rakyat Malaysia tua atau muda, terutamanya bagi golongan muda profesional yang saban hari menghabiskan masa di meja komputer.
Pengarah Eksekutif Haw Par Corporation Ltd., A K Han berkata, inilah masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan produk sehebat ini yang dapat memberi kelegaan kepada ramai pengguna yang menderita sejak sekian lama. Malah ia turut menyumbang kepada peningkatan hidup dan produktiviti kerja sekali gus membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia.
“Kami kini cuba keluar daripada imej Tiger Balm tradisional dengan penampilan inovatif dalam usaha untuk memenuhi keperluan pengguna lelaki dan wanita yang lebih muda. Krim Tiger Balm Leher dan Bahu menyingkirkan ciri rupa, rasa dan bau ubat Tiger Balm, namun mengekalkan manfaat kelegaan dan penyembuhan yang telah menjadikan Tiger Balm satu nama isi rumah.
‘‘Siapa yang akan terfikir bahawa satu hari nanti produk Tiger Balm akan diisi dalam pek, tanpa rasa melekit dan mempunyai haruman yang menyenangkan.
‘‘Dengan menggunakan Krim Tiger Balm Leher dan Bahu, pengguna mampu mengendur dan melegakan otot-otot mereka yang letih dan tegang. Mereka dapat menikmati kelegaan daripada sakit dan sengal walau di mana jua mereka berada. Ini membantu mereka meneruskan pekerjaan dengan selesa,’’ katanya semasa pelancaran produk tersebut baru-baru ini.
Krim Tiger Balm Leher dan Bahu boleh didapati di semua farmasi terkemuka, kedai penjagaan kesihatan dan diri, pasar raya dan kedai ubat pada RM16.90 satu pek.luxumanahttp://www.blogger.com/profile/07647843786561632823noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8452230519273145536.post-73761132473326991862009-01-01T23:39:00.002-08:002009-01-01T23:40:15.777-08:00Kehamilan terancang kesihatan reproduktifPENCEGAH kehamilan atau kontrasepsi ialah satu proses menghalang persenyawaan atau mencegah atau memperlambatkan percantuman sperma dan telur. Kontrasepsi kini semakin menjadi trend masyarakat untuk merancang keluarga. Ia bukan sahaja memberi kebaikan kepada keluarga dan komuniti untuk membina kesihatan reproduktif.
Kesihatan reproduktif adalah keadaan sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya kerana tiada penyakit dalam semua perkara yang berkaitan dengan sistem reproduktif, fungsi dan prosesnya.
Malaysia kini mempunyai seramai 14.05 juta penduduk wanita di mana 7.59 juta terdiri daripada mereka yang berumur 15 hingga 49 tahun dan sepertiga jumlah penduduk Malaysia berumur 10 hingga 24 tahun.
Dalam hal ini, perancang keluarga penting kerana dapat menyelamatkan kira-kira 175,000 wanita setiap tahun, mengurangkan sebanyak 2.7 juta kematian bayi, mengurangkan kematian 1.8 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun, serta satu pertiga daripada kematian yang berkaitan kehamilan dan kelahiran dapat dielakkan. Namun, masyarakat tidak boleh memandang negatif tentang penggunaan kontrasepsi.
Walaupun ia dapat mengurangkan gejala sosial komuniti namun ia sebenarnya memberi kesan positif terhadap pembangunan keluarga. Pencegah kehamilan dapat memberi kebaikan kepada wanita, pasangan, anak-anak dan komuniti.
Jika anda tidak menggunakan apa-apa agen atau alat bagi tujuan berkenaan, adakah anda menimbangkan untuk menggunakannya selepas ini?
Sudah tentu, penggunaan kontraseptif menjanjikan keputusan yang lebih baik jika dibandingkan dengan pasangan yang tidak mengamalkan sebarang kaedah.
Menurut Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Harlina Halizah Siraj, kehamilan yang diingini dapat membina keluarga serta komuniti yang sejahtera.
“Sekarang terdapat pelbagai pilihan pencegah kehamilan dan digunakan mengikut kesesuaian serta pilihan wanita,” katanya dalam sidang media anjuran Weber Shandwick di Wisma LYL, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Tambahnya, pemilihan kaedah pencegah kehamilan yang terbaik bergantung kepada beberapa faktor seperti kepercayaan, tahap kesihatan wanita, umur wanita, kekerapan hubungan seks dan kehendak pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak.
“Ia mungkin berubah dari semasa ke semasa sama ada mengikut kesesuaian cara hidup pasangan suami isteri, keberkesanan kaedah, ciri keselamatan dan kemampuan untuk mengamalkan kaedah tersebut.
Namun, apa yang penting, penggunaannya harus betul (seperti dalam arahan penggunaan) dan konsisten,” jelasnya.
Bagi tujuan ini juga, mana-mana pasangan suami isteri yang ingin merancang kelahiran anak dan mencegah kehamilan boleh mendapatkan khidmat tersebut dengan berjumpa doktor, ahli farmasi dan jururawat di hospital dan klinik kerajaan ataupun swasta.
Dr. Harlina memberitahu, keadaan keluarga masyarakat hari ini juga mempengaruhi trend penggunaan pencegah kehamilan.
“ Keadaan keluarga masa kini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Kebanyakan wanita dan lelaki hari ini berpendidikan tinggi, lewat kahwin dan mempunyai saiz keluarga yang kecil. Di samping itu, peningkatan penceraian keluarga serta poligami juga berlaku selain daripada aktiviti seksual remaja yang semakin meningkat,” tambahnya.
Sementara itu, pencegah kehamilan juga dapat membendung masalah pembuangan bayi yang semakin menular di kalangan masyarakat.
“Kandungan yang tidak diingini menjadi faktor pembuangan bayi. Oleh itu, kehamilan perlu dirancang dan diingini. Maka pasangan akan merancang dengan baik sehingga tempoh kelahiran kelak,” jelasnya.
Selain daripada kaedah lazim untuk mengelak kehamilan seperti mengelakkan daripada melakukan persetubuhan, azal (di mana, suami mencabut zakar dari faraj sebelum pengeluaran air mani (ejakulasi). Kaedah ini dikatakan diamalkan sejak zaman dahulu kala lagi), kaedah semula jadi (pasangan suami isteri yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan wanita dan kondom, terdapat banyak lagi pencegah kehamilan yang lebih efektif dan mudah.
Dr. Harlina memberitahu, pencegah kehamilan yang ideal ialah yang selamat, efektif, yang dapat diterima masyarakat, tidak mahal, mudah melindungi daripada masalah kesihatan yang lain seperti kanser ginekologi.
“Antara yang terbaru tentang pencegahan kehamilan ialah kontrasepsi terkini dapat membangunkan keturunan baru, diperluaskan secara lisan, pengenalan pilihan dan kajian tentang hormon lelaki dan pencegah kehamilan,” jelasnya.
Secara lazimnya, keluarga akan lebih biasa dengan penggunaan pil pencegah kehamilan atau Combined Oral Contraceptive Pills (COCs)
Ia merupakan kombinasi estrogen yang terdiri daripada ethinyl estradiol (EE) dan estradiol (E2).
Pil-pil mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.
Malah, pil kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial.
Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit jantung
“Terbaru dan masih dalam kajian ialah NOMAC-E2 iaitu estrogen semulajadi yang pertama mengandungi COC. Ia merupakan inovasi pertama dalam kandungan hormon sejak pengenalan pil pencegah kehamilan sejak tahun 60-an lagi,” jelasnya.
Terdapat juga pil perancang yang mudah iaitu lanjutan dos COCs yang kebiasaannya digunakan ketika menunaikan haji.
“Ia digunakan dalam tempoh tiga bulan dan berfungsi dalam purata 91 hari. Cara pengambilan, aktif pil (warna merah samar) akan diambil sembilan hari untuk 84 hari, diikuti tujuh hari untuk pil berwarna putih dan selebihnya menghabiskan pil yang tidak aktif.
Kitaran haid akan berlaku setiap tiga bulan iaitu secara puratanya, empat kali setahun,” jelasnya.
Dr. Harlina menambah, selain pengambilan pil, ramai wanita yang memilih saluran lain.
“Ini dikatakan lebih selamat kerana ia tidak melalui sistem badan dan hati. Kaedah seperti suntikan, tampal, IUCD, gelang faraj, implan dan pil perancang lelaki. Pengambilannya bergantung kepada pilihan keluarga,” jelasnya.
Kesimpulannya, pembangunan baru teknologi pencegah kehamilan masing diteruskan untuk membina komuniti dunia yang sihat dan sejahtera.
“Lebih langkah yang lebih efektif diperlukan untuk mendidik golongan wanita, suami dan keluarga mereka tentang kesedaran serta kepentingan pencegah kehamilan,” jelasnya.
Alternatif Pencegah Kehamilan
Gabungan suntikan dan hormon pencegah kehamilan.
* Dilakukan setiap bulan pada hari ke-28 hingga 30 hari.
* Mengandungi lima miligram estradiol cypionate dan 25 miligram medroxyprogesterone acetate
* Jika sesuai untuk wanita, seseorang itu kurang hadir haid atau tidak mengalaminya langsung.
Jenis tampalan iaitu tompok transdermal
* Ia merupakan kombinasi estrogen dan progestin yang memberi tindak balas terhadap kulit secara perlahan.
* Kaedah ini belum lagi digunakan di Malaysia.
* Cara ini lebih mudah dan dianggap sebahagian daripada kulit (bagi golongan Islam yang ingin mandi hadas besar).
* Penggunaan secara mingguan iaitu untuk tempoh tiga minggu dan satu minggu lagi tampalan dibuka
* Tidak efektif untuk wanita yang melebihi berat 90 kilogram
Gelang faraj
* Inovasi pencegah kehamilan ini semakin popular dan lebih daripada sejuta wanita menggunakannya di Eropah.
* Wanita akan memasukkan ke dalam faraj sendiri ia mudah digunakan kerana boleh digunakan sekali sebulan.
* Mengandungi tahap kombinasi hormon pencegah kehamilan yang rendah.
* Bagi wanita yang ingin merancang keluarga, kaedah ini mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi.
* Gelang faraj juga merupakan kawalan kitaran haid yang cemerlang.
Kebaikan penggunaan gelang faraj
* Ia mudah, selesa dan, ringkas dan selamat.
* Posisi yang tepat bukan menjadi perkara yang penting untuk memastikan dia lebih efektif.
* Gelang tersebut merupakan rahsia dan tiada sesiapa yang mengetahui seorang wanita akan menggunakannya dan lelaki juga tidak perasan atau merasainya ketika melakukan hubungan seks.
l Kaedah ini juga tidak memerlukan khidmat nasihat doktor.
l Ia juga boleh digunakan secara tetap atau dalam tempoh yang pendek
l Ketika melakukan seks, wanita tidak perlu berasa takut dan boleh melakukannya secara spontan.
Namun, dalam ada itu terdapat kesan buruk akibat penggunaan gelang faraj antaranya sakit kepala, berat badan bertambah atau sebaliknya, loya, perubahan perasaan, lelehan faraj dan jangkitan faraj.
Antara penyebab kenapa penggunaan gelang faraj kurang berkesan ialah wanita menggunakannya lebih tiga minggu, ia berada di luar faraj (tidak berada tepat di rahim) sebelum menggunakannya, gelang faraj terdedah dengan cahaya matahari dan suhu yang tinggi
Implan
* Implan merupakan hormon progestin sintetik terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis).
* Terkini wanita hanya menggunakan dua kapsul kecil.
* Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas.
* Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun.
* Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1 peratus (1 dalam 1,000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.
Intrauterine Contraceptive Devices (IUCD)
* Alat anjal berbentuk ‘T' ini dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor bagi mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin.
Hormon kontraseptif lelaki (MHC)
* Masih dalam tempoh percubaan.
* MHC digunakan untuk menghalang pembentukan sperma dan kaedah ini amat sukar kerana ia boleh menghilangkan sifat kelakian.
* Sebagai tambahan, lelaki perlu mengambil hormon lain untuk mengekalkan sifat lelaki
* MHC akan diambil melalui suntikan sekali setiap lapan minggu.luxumanahttp://www.blogger.com/profile/07647843786561632823noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8452230519273145536.post-81641393567496184232009-01-01T23:39:00.001-08:002009-01-01T23:39:42.613-08:00Rawatan OsteoartritisSEHINGGA kini masih belum ada rawatan yang betul-betul dapat menyembuhkan osteoartritis sementara ubat-ubat yang ada sekarang cuma dapat melambatkan proses degenerasi (kemerosotan) sendi.
Ini supaya pembedahan gantian sendi dapat dielakkan atau pun setidak-tidaknya menolong menangguhkan pembedahan tersebut supaya ia dilakukan apabila pesakit sudah tua dan tidak mempunyai aktiviti harian yang aktif lagi.
Rawatan untuk penyakit osteoartritis dapat diklasifikasikan kepada tiga kategori utama. Rawatan farmakologi adalah pilihan pertama untuk menangani osteoartritis.
Rawatan bukan farmakologi pula merupakan rawatan sokongan dan tambahan. Pembedahan adalah kategori yang ketiga, biasanya menjadi pilihan terakhir sekiranya kedua-dua rawatan awal tadi sudah tidak berkesan.
Rawatan farmakologi
Analgesia atau ubat penahan sakit adalah rawatan farmakologi yang merupakan tunggak untuk osteoartritis.
Analgesia bukan opioid seperti paracetamol dan acetaminophen adalah jenis analgesia ringan untuk osteoartritis peringkat awal.
Ubat antiradang bukan steroid (NSAID) pula merupakan jenis kumpulan analgesia lain untuk osteoartritis.
Kebanyakan doktor lebih cenderung untuk terus memberi preskripsi NSAID kerana ia juga mempunyai fungsi untuk melegakan keradangan di samping mengurangkan sakit akibat osteoartritis.
Ubat ini murah dan berkesan untuk osteoartritis tahap awal, tetapi penggunaan jangka panjang tidak digalakkan terutamanya bagi golongan warga emas.
Kesan sampingannya seperti gastritis dan pendarahan gastrik boleh memudaratkan pesakit-pesakit dari golongan ini.
'Cyclooxygenase-2 inhibitor' (COX-2 inhibitor) adalah jenis kumpulan ubat penahan sakit terkini yang sekarang boleh didapati di kebanyakan hospital-hospital besar di negara kita.
Ubat ini adalah lebih sesuai untuk golongan warga emas kerana kesan sampingan seperti yang dinyatakan tadi adalah kurang berbanding dengan ubat jenis NSAID.
Namun begitu, seperti analgesia yang lain, pesakit hendaklah berhati-hati dengan pengunaan berterusan jangka panjang.
Pesakit-pesakit yang juga mempunyai masalah jantung dan darah tinggi hendaklah berbincang dengan doktor sebelum menggunakan analgesia jenis ini.
Opiod adalah kumpulan analgesia yang agak kuat. Ia membuat banyak kesan sampingan yang kebanyakannya tidak sesuai untuk warga emas dan merupakan jenis analgesia terakhir yang hanya diberikan untuk osteoartritis tahap teruk.
Bagaimanapun, jika seseorang pesakit itu sudah terpaksa diberikan opiod untuk menahan sakit, ini bermakna pembedahan gantian sendi adalah sangat perlu kerana tahap osteoartritis pesakit terbabit sudah mencapai tahap yang teruk.
Selain dari ubat penahan sakit jenis oral, ada juga ubat jenis sapuan yang diperbuat dari gel atau krim dan boleh digunakan untuk kelegaan tambahan. Ubat-ubat ini selalunya tidak lagi berkesan untuk peringkat osteoartritis yang teruk.
Ubat-ubat baru seperti glucosamine, chondroitin dan diacerin adalah termasuk di dalam kategori ubat-ubat tambahan dan sokongan yang boleh di ambil bersama dengan analgesia. Ketiga-tiganya bertindak dan mempunyai fungsi yang berlainan.
Glucosamine bertindak dengan mengembalikan cecair sendi dan membantu melicinkan pergerakan sendi. Secara tidak langsung, ia juga mengurangkan sakit sendi kerana geseran.
Chondroitin pula boleh menahan kerosakan lanjut rawan jika diambil pada peringkat awal osteoartritis sementara Diacerin adalah untuk mengurangkan radang di sekitar sendi di samping dikatakan boleh menolong mengurangkan sakit akibat osteoartritis.
Setakat ini, kesan sampingan dari ubat- ubat sokongan yang disebut tadi tidak begitu teruk dan boleh diterima oleh kebanyakan pesakit.
Bagaimanapun, segelintir pesakit yang mengambil Diacerin boleh mendapat cirit-birit yang ringan di dalam masa beberapa hari selepas ubat ini ambil.
Di samping ubat sokongan yang boleh diambil secara oral, ubat jenis suntikan intra-artikular seperti asid hylarunik juga boleh digunakan untuk menambah cecair pada sendi yang bermasalah.
Suntikan ke dalam sendi ini boleh memberikan kesan yang cepat dengan mengurangkan sakit dan mengurangkan bunyi geseran (crepitus) akibat dari osteoartritis.
Sebelum ini, pesakit perlu mendapat sekurang-kurangnya tiga suntikan setiap minggu untuk satu rawatan penuh bagi satu-satu sendi.
Bagaimanapun, kini terdapat produk asid hylarunik yang hanya perlu disuntik sekali sahaja bagi memberikan kesan hampir sama.
Suntikan ini hendaklah dilakukan oleh doktor atau pakar otopedik bagi mengelakkan dari masalah asid hylarunik tidak disuntik dengan betul ke dalam sendi.
Rawatan bukan farmakologi dan sokongan
Kategori rawatan ini agak luas skopnya dan merangkumi semua aspek perubatan sama ada tradisional, alternatif ataupun yang melibatkan pemakanan.
Secara umumnya, rawatan-rawatan ini tidak banyak mengubah perkembangan penyakit tersebut.
Walaubagaimanapun, rawatan-rawatan sebegini berguna sebagai rawatan tambahan, bergantung kepada kecenderungan individu.
Ada pesakit yang mendapati rawatan-rawatan seperti sebegini menolong melegakan kesakitan dan rasa kaku sendi akibat osteoartritis.
Fisioterapi merupakan rawatan bukan pharmakologi yang biasa digunakan di hospital untuk rawatan osteoartritis.
Ia bertujuan untuk menguatkan otot-otot di sekitar sendi terbabit di samping memberikan rangsangan untuk mengurangkan kesakitan.
Fisioterapi sendiri boleh dibahagikan kepada penggunaan alat-alatan dan jenis-jenis senaman.
Jenis alat-alatan yang boleh membantu rawatan osteoartritis adalah diatermi gelombang pendek (SWD), terapi ultrasound, Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS) dan sebagainya.
Jenis-jenis senaman khas untuk pesakit-pesakit osteoarthritis pula bertujuan menguatkan otot-otot di sekitar sendi yang terlibat. Biasanya senaman ini hanya sesuai untuk osteoartritis tahap awal atau sederhana.
Selain itu, pesakit juga boleh melakukan senaman lain seperti berenang atau menunggang basikal yang memberikan kesan yang baik untuk sendi.
Senaman-senaman ringan seperti Tai Chi dan senaman tradisonal yang lain juga dapat menolong melonggarkan sendi-sendi yang kaku akibat osteoartritis.
Selain senaman, pesakit-pesakit juga perlu mengambil berat tentang pemakanan mereka. Oleh kerana osteoartritis ada kaitan dengan obesiti, pengurangan berat badan dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penyakit tersebut.
Pada peringkat awal, pengurangan berat badan lebih dari lima kilogram (kg) dapat memberikan impak positif seperti mengurangkan sakit sendi dan mengurangkan tanda-tanda lain osteoartritis.
Secara tidak langsung, ia dapat melambatkan proses kemerosotan sendi akibat dari impak berat badan yang berlebihan.
Rawatan-rawatan alternatif lain seperti Ayuverda, akupuntur, Shiatsu, jenis-jenis urutan dan sebagainya turut dikatakan mampu mengurangkan gejala-gejala osteoartritis.
Pengunaan herba, gamat ataupun produk-produk tradisional yang lain boleh dicuba bersama rawatan dari hospital tetapi hendaklah mendapatkan nasihat dari doktor-doktor yang berkenaan terlebih dahulu.
Pembedahan
Artroskopi, osteotomi (pembetulan tulang), artrodisis dan pembedahan gantian tulang (artroplasti) adalah contoh-contoh pembedahan yang boleh dilakukan untuk pesakit-pesakit osteoarthritis.
Pembedahan-pembedahan ini bergantung kepada keperluan individu dan tahap penyakit osteoartritis yang dihadapi.
Di peringkat awal, pembedahan artroskopi ataupun osteotomi boleh dilakukan sebagai langkah untuk melambatkan keperluan untuk pembedahan arthroplasti.
Pembedahan artrodisis pula sudah jarang sekali dilakukan dan tidak begitu popular di kalangan pesakit-pesakit kerana sendi-sendi yang terlibat terus dikakukan dari sebarang pergerakan.
Pembedahan artroplasti ialah pembedahan di mana sendi-sendi yang rosak ditukar dengan sendi-sendi tiruan (prostesis).
Ianya adalah jalan terakhir untuk rawatan osteoarthritis dan merupakan rawatan piawaian yang diterima oleh majoriti doktor-doktor yang merawat osteoartritis tahap teruk.
Pembedahan artroplasti ini biasanya dilakukan untuk sendi-sendi yang besar seperti lutut, pinggul dan bahu.
Kebanyakan pesakit tidak mendapat penerangan yang jelas dan tepat mengenai pembedahan ini menyebabkan ramai yang menolak apabila rawatan ini ditawarkan.
Bagaimanapun, lebih 90 peratus daripada yang telah menjalani pembedahan ini berpuas hati dengan hasil pembedahan dan mendapati sakit sendi telah berkurangan. Di samping itu, ia dapat menghasilkan sendi-sendi yang mempunyai julat pergerakan yang hampir normal.
Harga prostesis untuk pembedahan artroplasti ini bergantung kepada jenis sendi dan bahan yang digunakan. Sebagai contoh, harga prostesis untuk lutut bermula dari RM6,000 dan mungkin agak mahal bagi sesetengah pesakit.
Walaupun begitu, manfaat dari pembedahan ini banyak. Selepas pembedahan, pesakit-pesakit akan mendapati penggunaan analgesia akan berkurangan secara mendadak.
Selain itu, aktiviti-aktiviti harian yang dahulunya tidak dapat dilakukan selepas mendapat osteoartritis sudah tidak begitu terbatas lagi.
Memandangkan tahap jangka hayat penduduk Malaysia yang semakin meningkat, pembedahan ini juga dapat menolong pesakit-pesakit osteoartritis yang teruk dari menderita untuk satu jangka masa yang panjang.
Seperti kebanyakan pembedahan yang lain, pembedahan artroplasti ini ada risikonya. Jangkitan kuman, darah beku di kaki, radang paru-paru adalah antara risiko-risiko yang boleh terjadi selepas pembedahan tersebut dijalankan.
Bagaimanapun, kebarangkalian untuk mendapat risiko-risiko ini adalah sangat kecil. Langkah-langkah pengawasan seperti antibiotik profilaklis, ubat pencair darah dan mesin ankle foot pump dapat mengurangkan lagi risiko-risiko berkenaan.
Hampir kesemua hospital-hospital besar awam di Malaysia kini ada menawarkan khidmat untuk melakukan pembedahan tersebut. Hospital-hospital swasta juga menawarkan perkhidmatan sama dengan harga yang berpatutan.
Diagnosis yang tepat dan pengesahan osteoartritis adalah langkah yang paling penting sebelum rawatan dapat dimulakan.
Walaupun sehingga kini tiada rawatan yang boleh menyembuhkan osteoartritis, namun banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menolong pesakit menghadapi penyakit tersebut.
Untuk osteoartritis peringkat awal, perubahan gaya hidup seperti mengurangkan berat badan, pemakanan yang sihat dan bersenam dapat menolong pesakit-pesakit menangani gejala-gejala osteoarthritis.
Di samping itu, ubat-ubat yang ada perlulah diambil mengikut kesesuaian dan seperti yang disarankan oleh doktor. Pembedahan artroplasti adalah rawatan yang standard untuk osteoartritis tahap teruk. Ia semakin mendapat perhatian dari pesakit-pesakit kerana sebelum ini pembedahan artroplasti dan manfaat-manfaat dari pembedahan tersebut tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya.
Di samping mengikut arahan doktor, pesakit-pesakit juga perlu menambah pengetahuan dan mengikuti perkembangan semasa tentang osteoartritis.
Anda boleh bertanya mengenai perkembangan terbaru ini kepada doktor-doktor anda semasa rawatan lanjutan atau mendapatkan informasi berkenaan osteoartritis dari media massa mahupun dari internet.luxumanahttp://www.blogger.com/profile/07647843786561632823noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8452230519273145536.post-18008775404209830912009-01-01T23:38:00.001-08:002009-01-01T23:38:58.071-08:00Sering berasa letih?JIKA anda sering berasa letih, ia mungkin berpunca dari jantung dan koenzim Q10 (CoQ10) yang diperlukannya. Saiz jantung adalah lebih kurang sebesar genggaman tangan dan ia terdiri daripada tisu otot khas.
Tisu otot jantung adalah sesuatu yang menakjubkan dan hanya dijumpai pada satu tempat sahaja iaitu di jantung.
Bukan seperti dua jenis otot yang lain, otot boleh kawal dan otot luar kawal, otot-otot jantung tidak tahu berehat dan tidak pernah penat mengepam darah ke seluruh badan melalui saluran darah sepanjang 60,000 batu.
Jantung berdegup sebanyak kira-kira 72 degupan setiap satu minit dan 100,000 degupan setiap hari tanpa henti selagi anda masih hidup.
Ini merupakan suatu kerja keras dan untuk melaksanakan tugas ini jantung anda memerlukan tenaga yang amat banyak.
Mendapatkan tenaga tidak menjadi masalah semasa kita muda. Badan kita mengeluarkan semua tenaga yang diperlukan oleh jantung.
Tetapi apabila kita semakin tua, sistem enzim kita mula menjadi perlahan, dan tenaga yang dibekalkan kepada jantung semakin berkurangan.
Oleh itu, apabila usia kita mencecah 50-an dan 60-an, jantung kita secara mendadak mengalami kekurangan tenaga.
Apabila jantung anda tidak memperolehi tenaga yang mencukupi, sudah semestinya ia tidak akan mampu untuk mengepam darah dengan begitu cekap menerusi arteri, vena dan kapilari yang berjumlah sepanjang 60,000 batu itu.
Talian saluran darah ini menampung semua organ badan anda serta bertrilion sel dengan membekalkan oksigen dan nutrien-nutrien perlu sepanjang masa.
Sekiranya sel-sel dan organ-organ itu tidak memperolehi oksigen dan nutrien dengan mencukupi, gejala pertama yang akan berlaku ialah anda akan berasa letih dan tidak bermaya. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, anda mungkin akan jatuh sakit.
Oleh itu, jika anda merungut bahawa anda tidak lagi bertenaga seperti dahulu, masalah anda mungkin berpunca daripada keadaan jantung yang tidak memperoleh tenaga dalam jumlah yang benar-benar diperlukannya.
l Tenaga jantung
Di dalam setiap sel yang bertrilion banyaknya itu, terdapat loji-loji penjana tenaga yang dikenali sebagai mitokondria.
Reaksi biokimia yang kompleks berlaku di dalam mitokondria untuk menukarkan makanan menjadi tenaga kimia (adenosine triphosphate atau ATP).
ATP merupakan sejenis molekul yang mengandungi tenaga tersimpan seolah-olah seperti sebuah bateri yang diperlukan oleh sel-sel untuk berfungsi dengan lancar.
Koenzim Q10 (CoQ10) merupakan komponen yang penting dalam proses pengeluaran ATP dan tanpa CoQ10 tenaga tidak akan dapat dikeluarkan.
Maka tidak hairanlah jika otot jantung, yang merupakan suatu tisu yang paling aktif, mengandungi 10 kali ganda lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan.
Tetapi malangnya, pengeluaran CoQ10 oleh badan kita menjadi perlahan apabila kita semakin berumur.
Apabila umur anda mencecah 40-an, CoQ10 anda akan berkurangan sebanyak 40 peratus berbanding semasa anda berumur 20-an dahulu. Apabila umur anda mencecah 70-an pula, jumlah CoQ10 anda akan berkurangan sebanyak 60 peratus.
l Tisu otot jantung dan paras CoQ10
Semua sel memerlukan CoQ10 tetapi sesetengah daripadanya adalah lebih sensitif terhadap paras CoQ10 yang rendah. Beberapa jenis sel, tisu atau organ mungkin mengalami masalah kekurangan CoQ10 tetapi masih lagi dapat berfungsi dengan baik.
Namun demikian, bagi sel, tisu atau organ yang lain mungkin amat sensitif terhadap kekurangan CoQ10 walaupun ia cuma penurunan dalam kuantiti yang sedikit sahaja dan boleh membawa kepada kelemahan, keletihan dan beberapa penyakit yang lain.
Bahagian badan yang sensitif terhadap paras CoQ10 yang rendah ialah jantung, otak, sistem imun dan juga tisu-tisu gusi.
Organ yang paling sensitif terhadap paras CoQ10 yang rendah ialah jantung. Ini mungkin satu sebab mengapa penyakit jantung tersenarai sebagai antara penyakit pembunuh utama di dunia.
Tetapi ada berita baiknya; tenaga dapat dikembalikan kepada sel-sel tersebut dengan pengambilan suplemen CoQ10.
l Sumber CoQ10
Walaupun CoQ10 boleh didapati secara semulajadi di dalam banyak jenis makanan seperti daging lembu dan sayur-sayuran, jumlah CoQ10 di dalam makanan-makanan tersebut adalah sangat kecil. Adalah amat sukar untuk memperolehi lebih daripada lima miligram (mg) CoQ10 sehari daripada makanan kita.
Oleh itu, pengambilan suplemen CoQ10 disarankan bagi membekalkan keperluan tenaga optimum badan, terutamanya jantung.
Bentuk-bentuk tradisi suplemen CoQ10 adalah seperti serbuk CoQ10 yang diampaikan di dalam minyak soya dan dimasukkan ke dalam gel lembut, pil-pil yang berasaskan serbuk atau kapsul-kapsul gelatin keras yang diisikan dengan serbuk. Namun ia tidak mudah diserap oleh badan.
Masalahnya, saiz zarah CoQ10 adalah sangat besar, serta tidak larut air dan juga tidak begitu larut dalam lipid, membuatkan ia sukar untuk diserap oleh badan.
Dengan CoQ10 yang berbentuk Hydrosoluble yang diperbuat dengan menggunakan Teknologi BioSolv yang dipatentkan, saiz zarah CoQ10 itu dapat dikecilkan sehingga menjadi lebih kecil daripada saiz bakteria!
Pada umumnya, dalam keadaan yang sedemikian, lebih kecil saiz zarah berkenaan, maka lebih baik kadar penyerapannya. Bentuk CoQ10 Hydrosoluble juga memberikan lebih tiga kali ganda lebih tinggi penyerapan CoQ10 ke dalam badan berbanding suplemen-suplemen CoQ10 yang lain.
Oleh kerana ramai yang mempunyai paras CoQ10 yang rendah selepas melangkaui umur 35 tahun, maka mengambil suplemen CoQ10 adalah difikirkan sebagai suatu pelaburan yang amat berharga untuk mencapai kesihatan optimum di usia emas.
Ramai juga yang mengambil suplemen koenzim Q10 lazimnya melaporkan peningkatan mendadak dalam paras tenaga mereka sebaik sahaja mereka mula mengambil bentuk CoQ10 yang larut air.
Mereka dapat bermain lebih banyak golf, dapat kembali semula ke gelanggang tenis, dan selepas semua itu masih mampu meluangkan masa bersama anak dan cucu-cucu mereka.
Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak seharusnya digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat pakar kesihatan.luxumanahttp://www.blogger.com/profile/07647843786561632823noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8452230519273145536.post-61783767544284319092009-01-01T23:37:00.000-08:002009-01-01T23:38:29.749-08:00Mengatasi stigma terhadap ketagihan opioidSTIGMA sosial atau tanggapan negatif masyarakat ialah satu komponen penting dalam usaha merawat ketagihan opioid.
Sama seperti kemudahan dan kemampuan mendapatkan rawatan, tanggapan negatif juga memberikan kesan ketara yang boleh menentukan sama ada seseorang individu akan keluar daripada kepompongnya untuk mendapatkan rawatan.
Tanggapan negatif yang dimaksudkan bukan setakat ejekan atau panggilan nama, ia turut membabitkan tingkah laku bukan berbentuk lisan, seperti mengelakkan, mengasingkan atau menolak kehadiran individu atau kumpulan penagih.
Walaupun berbentuk tidak ketara, stigma mempengaruhi masyarakat. Apabila dilihat dengan secara positif, tanggapan seperti ini mungkin menghalang kelakuan yang tidak diingini, memastikan orang ramai mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti yang tidak diterima dalam masyarakat.
Bagaimanapun, dalam sesetengah kes, tanggapan negatif memberi kesan sebaliknya dan menyebabkan orang yang tidak diterima masyarakat untuk terus terjerumus dalam situasi yang tidak sihat dan berbahaya.
Tanggapan negatif mungkin berkaitan dengan kumpulan berbeza, bagi individu yang bergantung kepada opioid, kebimbangan dan rasa malu terhadap reaksi ahli keluarga, rakan dan masyarakat boleh menyebabkan mereka tidak mendapatkan rawatan sedangkan usaha untuk menyembunyikan ketagihan mereka hanya memburukkan lagi keadaan.
Kebimbangan dipandang serong oleh masyarakat merupakan faktor pendorong utama merahsiakan masalah mereka kerana penagih amat sukar untuk mengakui masalah tersebut, khususnya kepada orang tersayang.
Namun, untuk membolehkan pemulihan bermula, penagih perlu mengakui dirinya mengalami masalah ketagihan dan perlu mendapatkan bantuan.
* Mengapa tanggapan negatif wujud?
Istilah yang mempunyai unsur negatif seperti ‘kaki ganja’ adalah nama yang kita sering dengar apabila menggambarkan seseorang yang ketagih opioid.
Malah istilah ‘penagih’ juga memberikan tanggapan kurang baik kerana digunakan dalam nada negatif.
Tanggapan buruk terhadap sekumpulan individu berlaku apabila keadaan dan cabaran yang dihadapi sesuatu kumpulan tidak difahami.
Dalam kes individu yang bergantung pada opioid, orang ramai mempunyai tanggapan salah bahawa mereka lemah, tidak mempunyai perwatakan yang kuat atau tidak bertanggungjawab semata-mata.
Perkara yang kurang difahami umum ialah ketagihan opioid ialah satu masalah perubatan, iaitu penyakit yang menjejaskan fungsi otak individu.
* Ketagihan opioid satu penyakit?
Penggunaan opioid memberikan perasaan gembira melampau yang tidak berasas atau euforia yang ketara kerana ia mencetus pengeluaran dopamin di dalam otak.
Bahan yang sama dibebaskan apabila kita melakukan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan tetapi kehebatan euforia yang dicetus oleh opioid jauh mengatasi perasaan gembira biasa.
Dengan penggunaan berpanjangan, otak menagih perasaan di awang-awang yang hanya boleh dicapai apabila mengambil opioid.
* Mengurangkan tanggapan negatif masyarakat
Malaysia terkenal kerana tindakan serius menentang penyalahgunaan dadah, dan hukuman berat dikenakan kerana memiliki dadah.
Dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa di kalangan penduduk, imej negatif penagihan dadah dipaparkan, pada asasnya dengan menggunakan tanggapan negatif sebagai cara untuk menghalang orang lain daripada menagih dadah.
Pendekatan ini dikukuhkan lagi dengan tanggapan negatif masyarakat terhadap individu yang mengalami ketagihan dan kebergantungan kepada dadah.
Namun begitu, gambaran yang dipaparkan kini semakin baik. Selain menunjukkan kesengsaraan seseorang yang mengalami ketagihan, turut ditunjukkan adalah imej kehilangan yang dialami seseorang, seperti kesihatan dan keluarga mereka, yang jelas memperlihatkan kesannya yang tidak dijangka atau diharapkan penagih.
Gambaran ini menyemai idea bahawa individu yang mengalami masalah ketagihan bukannya seseorang yang lemah atau menagih dengan rela hati, sebaliknya mereka juga mangsa.
Usaha ini merupakan satu langkah kecil untuk mengatasi tanggapan negatif terhadap ketagihan dan kebergantungan kepada dadah tetapi seperti semua usaha lain, ini hanyalah langkah permulaan.
Siri iklan tersebut dengan sendirinya tidak dapat menepis tanggapan negatif yang telah wujud berdekad-dekad lamanya, justeru pendidikan memainkan peranan penting untuk membetulkan dan mengurangkan tanggapan negatif dan diskriminasi.
Lebih penting lagi, perubahan persepsi boleh membawa manfaat yang ternyata tidak dapat dicapai oleh undang-undang.
* Merawat masalah ketagihan
Ramai yang mungkin terkejut mengetahui bahawa ketagihan dadah ialah masalah perubatan yang boleh dirawat dengan selamat dan berkesan.
Satu pilihan rawatan yang dikenali sebagai terapi penggantian dadah (DST) membolehkan individu dirawat dengan ubat untuk mengurangkan keinginan terhadap dadah, tetapi tanpa euforia yang dikaitkan dengan penggunaan dadah sebenar.
Dengan cara ini, kebergantungan otak kepada kesan dadah akan berkurangan secara beransur-ansur sehinggalah akhirnya individu berkenaan mampu menjauhkan diri sepenuhnya daripada dadah.
MATA dan penglihatan! Secara umumnya, penglihatan banyak dikaitkan dengan kebolehan seseorang manusia melihat atau tidak (buta). Namun, bagaimana pula bagi mereka yang tidak buta tetapi tidak juga begitu ‘celik’ penglihatannya?
Semakin hari semakin ramai penduduk dunia yang mengalami masalah penglihatan, kebanyakannya rabun (jauh atau dekat) dan astigmatisme (masalah lekuk kornea). Ini belum ditambah dengan penyakit tertentu yang menyebabkan kemerosotan atau kehilangan deria penglihatan.
Sebenarnya bukan mudah untuk membayangkan bagaimana kesukaran individu rabun atau dengan astigmatisme melihat dunia. Berada antara mampu dan tidak mampu melihat memberi tekanan besar dalam hidup seseorang, terutamanya jika penglihatan begitu kabur sehingga hanya dapat melihat sesuatu yang bergerak.
Sejak sekian lama, masalah ini dapat dibetulkan dengan menggunakan cermin mata ataupun kanta lekap. Bagaimanapun, ini tetap bermakna individu terbabit terikat dengan penggunaan alat bantuan melihat yang mungkin perlu digunakan sepanjang masa untuk penglihatan yang jelas.
Bayangkan bagaimana keadaannya jika cermin mata atau kanta lekap jatuh atau hilang ketika memandu, berenang mahupun di tempat terpencil. Bagi yang mengalami rabun atau astigmatisme yang teruk, ini tidak jauh bezanya dari tiba-tiba menjadi buta dalam ‘terang’.
Selain itu, terdapat juga mereka yang tidak sesuai memakai atau mengalami kesan alahan terhadap bahan pada kanta atau cermin mata. Untuk itu, terdapat permintaan yang tinggi untuk mengembalikan penglihatan normal, sekurang-kurangnya untuk membolehkan pergerakan harian yang bebas.
* Kembali normal
Tidak kira sama ada untuk bebas dari pergantungan atau penjimatan kos alat bantuan melihat, perubatan, kosmetik mahupun meningkatkan kualiti hidup seharian, pemulihan deria penglihatan kepada tahap normal adalah sesuatu yang amat diperlukan. Perkembangan teknologi sejak 1950-an telah membawa kepada penemuan rawatan laser-assisted in situ keratomileusis (Lasik), yang semakin berkembang setiap tahun.
Berkembang dari penggunaan pisau kepada penggunaan laser, Lasik kini merupakan prosedur pembedahan laser paling popular untuk mengoptimumkan daya penglihatan. Lasik menggunakan laser ke atas lengkungan kornea dan menjadi pilihan kerana tempoh pemulihan yang pantas serta kurang komplikasi dan kesan sampingan berbanding pembedahan refraktif lain.
Prosedur Lasik akan membuat perubahan kekal dengan membuang bahagian tertentu tisu dalaman kornea untuk merawat rabun (jauh atau dekat) dan astigmatisme. Pembentukan semula kornea akan meningkatkan fokus cahaya pada retina yang seterusnya akan mengoptimumkan daya penglihatan.
Sebelum pembentukan semula struktur dalaman kornea dibuat, satu potongan pada lapisan atas kornea (flap) perlu dilakukan dan akan digunakan sebagai ‘pembalut semula jadi’ untuk menutup bahagian tisu tengah kornea selepas pembedahan selesai. Bagaimanapun, penggunaan pisau untuk menghasilkan flap kornea sebelum ini menyebabkan ramai yang khuatir untuk menjalani pembedahan lasik.
Untuk itu, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) baru-baru ini memperkenalkan kemudahan Lasik Premium Tanpa Pisau pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi terkini Laser Femtosecond VisuMax. PCMC juga menjadi pusat perubatan tunggal yang menawarkan teknologi terkini Laser Femtosecond VisuMax yang diperkenalkan Carl Zeiss tahun lalu di rantau ini. Ini berpotensi menarik pelancong perubatan luar mendapatkan rawatan oftalmologi dengan kadar berpatutan di Malaysia.
* Membentuk semula
Pengarah Pusat Mata dan Lasik PCMC, Profesor Dr. Muhaya Mohamad menjelaskan berbanding prosedur Lasik tanpa pisau yang lain, pesakit di PCMC melalui proses pembentukan flap dan pembentukan semula kornea dalam satu langkah sahaja.
“Kaedah Lasik lain memerlukan pesakit dipindahkan dari mesin membuat flap ke mesin laser excimer (untuk pembentukan semula kornea).
“Sistem integrasi untuk pembedahan refraktif laser di PCMC pula hanya memerlukan katil pesakit dipusingkan 180 darjah dari mesin Laser Femtosecond VisuMax ke mesin laser excimer MEL 80 dalam satu langkah,” katanya.
Menurut beliau, teknologi yang digunakan juga tidak memerlukan tekanan sedutan yang tinggi pada mata untuk pembentukan flap kornea berbanding kaedah lama yang menyebabkan pesakit hilang penglihatan sementara akibat tekanan tinggi pada mata.
Tambahnya, selain pesakit tidak perlu bangun dan beralih antara dua mesin terbabit, sistem laser yang digunakan juga selamat dengan pemantauan pergerakan mata. Pancaran laser akan mengikut pergerakan kecil mata dan akan berhenti serta-merta jika berlaku pergerakan besar. Untuk memastikan rawatan paling tepat dan hasil terbaik, suhu bilik bedah turut dikawal antara 18 hingga 24°C dan tahap kelembapan di bawah 50 peratus.
Dr. Muhaya memaklumkan 100 peratus daripada 180 mata yang menjalani Lasik di PCMC mencapai sasaran tahap penglihatan dalam tempoh satu minggu selepas pembedahan dan tanpa sebarang komplikasi.
“Perangkaan semasa menunjukkan lebih 95 peratus pesakit mencapai sekurang-kurangnya tahap penglihatan 20/40 atau lebih baik selepas pembedahan Lasik.
“Tahap tersebut membolehkan mereka memandu secara sah dan cukup baik untuk kebanyakan sukan dan aktiviti lain,” ujarnya.
Jelas beliau, 95 peratus pesakit bebas daripada penggunaan cermin mata atau kanta lekap dan majoritinya dapat menjalani hidup tanpa alat bantuan melihat sepanjang masa.
Beliau menegaskan pemulihan penglihatan bergantung kepada tahap kesilapan refraktif yang dialami sebelum pembedahan dan boleh mencapai penglihatan sempurna 20/20 jika tahap kesilapan refraktif lebih rendah. Pesakit yang mempunyai kesilapan refraktif yang tinggi pula mungkin memerlukan penggunaan cermin mata atau kanta lekap untuk penglihatan terbaik bagi memandu atau membaca.
* Pemulihan
Menurut Dr. Muhaya, pemulihan tahap penglihatan berlaku hampir serta-merta selepas pembedahan selesai sementara pemulihan penuh lapisan flap kornea memerlukan antara satu hingga tiga bulan.
“Kebanyakan pemulihan tahap penglihatan pesakit akan berlaku dalam beberapa hari pertama selepas prosedur Lasik dijalankan.
“Pesakit akan dinasihatkan untuk menjauhi aktiviti air untuk seketika serta mengelakkan hentakan atau menggosok mata selama empat minggu,” jelasnya.
Beliau menyatakan penglihatan sesetengah pesakit mungkin kabur sedikit dalam beberapa hari pertama tetapi ianya akan semakin baik.
Tahap penglihatan juga mungkin berbeza dalam waktu tertentu sepanjang hari, selama beberapa minggu, tetapi kebanyakan pesakit akan mendapat penglihatan jelas dalam tempoh yang singkat. Dengan aplikasi Laser Femtosecond VisuMax yang tepat dan mudah dijangka, sesetengah kes kornea terlalu nipis juga kini mungkin dapat menjalani prosedur Lasik.
Pembetulan yang dilakukan melalui prosedur tersebut juga dikatakan dapat bertahan untuk bertahun-tahun lamanya, walaupun kemerosotan penglihatan masih berterusan dengan peningkatan usia. Ini memberikan pesakit tahap penglihatan normal seperti individu lain yang turut membolehkan mereka menceburi bidang pekerjaan tertentu yang memerlukan tahap penglihatan sempurna.
Bila ditanyakan tahap keyakinan terhadap keselamatan dan manfaat prosedur Lasik, Dr. Muhaya menjelaskan beliau cukup yakin dan telah menjalankan sendiri pembedahan tersebut terhadap anak perempuannya.
“Pembedahan ini bermula dengan pesakit tersenyum dan berakhir, hanya selepas beberapa minit, juga dengan pesakit yang tersenyum gembira,” katanya.luxumanahttp://www.blogger.com/profile/07647843786561632823noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8452230519273145536.post-21368868560544875282009-01-01T23:34:00.001-08:002009-01-01T23:35:20.152-08:00Alternatif kanta ICLDALAM membincangkan kebebasan penglihatan, pembedahan laser kadang kala tidak sesuai untuk sesetengah pesakit atas faktor-faktor tertentu. Kajian berterusan untuk mencari alternatif kepada penggunaan laser untuk mereka yang mahu atau perlu bebas daripada pergantungan alat bantuan melihat terus dijalankan sejak penggunaan laser mula diaplikasikan lagi.
Selain memenuhi permintaan di kalangan pesakit yang tidak sesuai untuk prosedur menggunakan laser, penyelidikan juga bertumpu kepada memberi alternatif untuk pesakit yang mengalami masalah rabun atau astigmatisme yang teruk.
* Alternatif
Pengurus (Asia) STAAR Surgical, Switzerland, Pascal Aeschlimann menyatakan antara alternatif yang berjaya dihasilkan adalah penanaman implan kanta lekap (ICL) yang mula diperkenalkan pada 1993 di Eropah.
“Kanta ICL mula dipasarkan secara komersial sejak 1997 dan telah menerima kelulusan Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (FDA) pada 2005.
“Dengan itu, mereka yang mempunyai masalah rabun dan astigmatisme kini mempunyai pilihan alternatif, terutamanya jika tidak sesuai untuk rawatan laser,” katanya.
Menurut beliau, antara kelebihan kaedah ini adalah ia dapat membantu pesakit yang mengalami rabun atau astigmatisme yang teruk dan boleh dikeluarkan kembali jika pesakit tidak gembira dengan hasilnya.
Tambahnya, kanta tersebut dihasilkan daripada bahan dipatenkan yang dikenali sebagai collamer yang mengandungi kolagen, tidak memerlukan pengurusan rapi dan tidak menyebabkan rasa kurang selesa pada mata pesakit.
Aeschlimann turut mendakwa pesakit akan dapat melihat dengan jelas sebaik sahaja selepas pembedahan selesai.
“Prosedur ini bukannya baru dan sudah hampir 10 tahun digunakan. Ia semakin popular di kalangan pesakit, terutamanya di kalangan mereka yang tidak sesuai menjalani pembedahan laser.
“Ini amat sesuai untuk rantau Asia yang mempunyai banyak kes rabun jauh yang teruk, bagi pesakit yang ingin atau perlu berhenti menggunakan cermin mata dan kanta lekap,” ujarnya.
Dakwa beliau, lebih 80 peratus pesakit mendapat tahap penglihatan sempurna 6/6, ditambah pula ianya tidak kekal dan boleh dikeluarkan kembali kelak.
Jelasnya, sehingga kini terdapat kira-kira 150,000 prosedur ICL dijalankan dengan hanya empat komplikasi jangkitan dilaporkan. Jangkitan bakteria jarang berlaku dan bukannya datang dari kanta atau alat pembedahan tetapi dari persekitaran. Jangkitan bakteria boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik.
Aeschlimann turut memaklumkan prosedur berkenaan masih kurang popular berbanding pembedahan laser memandangkan ia hadir selepas bertahun-tahun kemunculan prosedur laser.
“Dari penilaian tahap penglihatan, terdapat pesakit yang mendapat tahap visual yang lebih berkualiti dan tajam berbanding penggunaan laser.
“Tahap kepuasan pesakit yang menjalani prosedur ICL juga amat tinggi dan menjadi pilihan di kalangan mereka tidak mahukan perubahan kekal pada mata,” jelasnya.
* ICL di Malaysia
Prosedur penanaman kanta ICL diperkenalkan di negara ini oleh Vista Laser Eye Centre Sdn. Bhd. (Vista) pada 2005, dengan lebih 100 pembedahan ICL dijalankan sehingga kini. Mengikut anggaran Vista, kira-kira 20 peratus pesakit dengan penglihatan kabur didapati tidak sesuai untuk pembedahan laser, kerana masalah ketebalan kornea atau melangkaui batasan penggunaan laser bagi memulihkan tahap penglihatan. Kegagalan mendapat rawatan refraktif dikhuatiri akan memberi kesan kepada pelajaran, peluang kerja dan kualiti hidup sesetengah pesakit.
Ketua Perunding dan Pakar Bedah Oftalmologi Vista, Dr. Aloysius Joseph Low menjelaskan prosedur tersebut kini turut dijalankan pusat mata lain sebagai pilihan untuk pesakit dan alternatif bagi yang tidak sesuai untuk pembedahan laser.
“Prosedur ini tidak jauh bezanya dengan pembedahan katarak. Setiap kanta dihasilkan di Switzerland mengikut keperluan mata individu pesakit.
“Teknologi berkenaan dibawa masuk bagi memenuhi keperluan pesakit yang tidak sesuai untuk pembedahan laser mata, di samping keyakinan tinggi terhadap produk yang dihasilkan negara tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, Dr. Low turut menunjukkan bagaimana kaedah pembedahan ICL dijalankan ke atas seorang pesakit berusia 30 tahun.
“Terdapat persoalan mengapa tidak digantikan terus kanta asal pesakit dengan kanta ICL. Ini kerana kanta semula jadi pesakit belum mengalami sebarang masalah seperti katarak. Oleh itu, ia tidak perlu dibuang.
“Bagaimanapun, jika pesakit mengalami katarak kelak, kanta asal serta kanta ICL boleh dikeluarkan dan digantikan dengan hanya satu kanta (dua dalam satu) untuk memberikan tahap penglihatan optimum kepada pesakit,” ujar beliau.
Dengan adanya pilihan rawatan refraktif sama ada laser atau penanaman kanta, semua pengguna cermin mata atau kanta lekap kini mampu mempunyai penglihatan ‘tidak terbatas’. Namun, ini tidak bermakna tiada lagi individu yang menggunakan cermin mata kerana sesetengah daripada mereka masih selesa berkaca mata.
Pemakaian cermin mata dan kanta lekap juga sudah menjadi begitu sinonim dengan kehidupan sehinggakan ramai yang memilih untuk terus menggunakannya. Dengan ini sekurang-kurangnya diharapkan dapat mendedahkan tentang pilihan yang ada jika suatu hari kelak timbul keinginan atau keperluan untuk mereka ‘mengembalikan kebebasan penglihatan’.luxumanahttp://www.blogger.com/profile/07647843786561632823noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8452230519273145536.post-19232640716905998412008-12-17T00:17:00.000-08:002008-12-17T00:18:02.433-08:00Cara cegah batu karangATU karang adalah penyakit yang kerap berlaku di kalangan orang dewasa berbanding kanak-kanak. Sekiranya keluarga mempunyai riwayat batu karang maka kanak-kanak mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit yang sama.
Batu karang berasal daripada zat mineral halus yang menjadi keras dalam jangka masa yang lama. Batu karang terhasil daripada kandungan kalsium, oxalate atau asid urik yang tinggi di dalam air kencing. Buah pinggang pula tidak dapat memastikan kandungan air yang mencukupi untuk mencairkan bahan ini, menyebabkan ia membentuk ketulan kristal yang halus dan seterusnya secara perlahan-lahan ia akan membentuk batu karang.
Oleh kerana itu, buah pinggang haruslah memastikan bekalan air yang mencukupi untuk membuang bahan yang berlebihan ini. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat batu karang. Penyakit batu karang ini boleh berulang sekiranya pencegahan tidak diambil kira:
# Kurang minum air dan dehidrasi berpanjangan
# Airan dan jumlah air kencing kurang atau perlahan atas sebab tertentu sama ada saluran kencing tersumbat atau pundi kencing tidak berfungsi dengan baik.
# Jumlah kandungan bahan kimia seperti kalsium, oxalate dan asid urik berlebihan.
# Penyakit perubatan lain yang mengganggu proses pembentukan air kencing atau fungsi buah pinggang.
# Makanan yang mengandungi paras garam, lemak, daging merah dan gula yang tinggi boleh menambah risiko penghasilan batu karang.
Tanda menunjukkan seseorang kanak-kanak itu mungkin menghidapi batu karang ialah:
# Kencing berdarah
# Bertambah kekerapan buang air kecil dan tidak lawas kencing
# Rasa loya dan muntah
# Rasa sakit ketika buang air kecil
# Sakit bahagian pundi kencing atau belakang
# Mendapat jangkitan air kencing
Salah satu cara bagi mencegah terhasilnya batu karang ialah dengan membuat perubahan kepada diet anak dan minum banyak air.
Galakkan mereka supaya meminum air mencukupi bagi keperluan badan untuk aktiviti harian sekurang-kurangnya setengah daripada berat badan dalam millimeter.
Minuman seperti jus limau atau lemonade adalah kaya dengan sumber sitrat yang boleh mengurangkan pembentukan batu karang. Elakkan memakan makanan yang mengandungi banyak garam. Rawat jangkitan air kencing dengan cepat.
Sekiranya batu karang tidak dirawat, lama kelamaan ia boleh mengganggu fungsi buah pinggang pesakit dan memberi kesan negatif.
Penggunaan ubat-ubatan herba haruslah dilakukan berhati-hati dan mendapat nasihat daripada pakar kerana ada herba yang berbeza mempunyai khasiat berbeza, ia mungkin boleh memudaratkan lagi keadaan pesakit.luxumanahttp://www.blogger.com/profile/07647843786561632823noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8452230519273145536.post-57531871365976394752008-12-17T00:08:00.001-08:002008-12-17T00:08:53.705-08:00Faktor penyalahgunaan dan ketagihan dadahPERSEKITARAN atau asuhan? Tiada siapa yang mahu ketagih dadah. Penagih bukannya sengaja menagih dadah semata-mata untuk memusnahkan kehidupan sendiri dan menyakitkan hati orang yang menyayangi mereka. Malangnya masyarakat sering memandang serong terhadap mereka, dan berpendapat mereka yang patut disalahkan kerana ketagihan mereka itu, walhal mereka boleh berhenti jika mereka benar-benar mahu.
Masyarakat pada umumnya menanam perasaan bimbang dalam diri mereka terhadap perkataan ‘penagih’ dan apabila menghadapi golongan penagih, orang ramai lebih suka ‘buat-buat tak nampak’ dan menuju ke arah lain. Berbeza daripada pandangan tersebut, ketagihan kepada bahan seperti dadah, alkohol atau nikotin (dari tembakau) bukan berpunca daripada keazaman yang lemah atau akhlak yang kurang baik. Ahli sains telah mengkaji individu yang menagih dadah dan mendapati bahawa fungsi otak mereka terjejas akibat dadah yang diambil.
Memahami ketagihan
Sesetengah individu lebih cenderung menagih dadah. Seperti penyakit lain, kecenderungan menagih berbeza-beza di kalangan insan, dan bergantung kepada bilangan faktor risiko yang terbabit. Pendek kata, faktor risiko dan faktor pelindung adalah seperti daya magnet pada kutub yang bertentangan.
Seseorang yang menghadapi beberapa faktor risiko adalah lebih terdedah kepada ketagihan berbanding seseorang dengan hanya mempunyai satu faktor risiko. Sebaliknya terdapat faktor pelindung yang berlawanan dengan faktor risiko, justeru mengurangkan risiko seseorang mengalami ketagihan. Beberapa contoh faktor risiko dan faktor pelindung adalah seperti berikut:
Namun, tidak ada satu faktor tunggal yang menentukan sama seseorang akan menjadi penagih dadah kerana seluruh prosesnya amat rumit dan mengambil kira banyak pemboleh ubah. Antaranya termasuk jantina dan bangsa, peringkat tumbesaran dan persekitaran sosial semasa membesar.
Ketagihan sejenis penyakit otak
Opioid, iaitu dadah paling kerap disalahgunakan di seluruh dunia, mengikat kepada reseptor dalam otak untuk merangsang penghasilan dopamin, sejenis bahan yang wujud secara semula jadi yang membuat kita rasa gembira. Walaupun opioid dalam bentuk morfin dan ubat pelega kesakitan preskripsi mempunyai peranan sah (apabila digunakan sebagai pelega kesakitan di bawah pengawasan perubatan), penggunaan secara rekreasi atau sebagai amalan biasa boleh menyebabkan ketagihan apabila otak tidak dapat berfungsi secara normal tanpa opioid .
Ketagihan dan kebergantungan kepada dadah bukan satu kejadian rambang. Mungkin masalah hidup, ketidakselesaan, gangguan emosi atau kesakitan fizikal menyebabkan seseorang mula menyalahgunakan dadah yang seterusnya mengundang kebergantungan sepanjang hayat mereka.
Terdapat dua ciri umum yang dilihat dalam masalah ketagihan dan kebergantungan kepada dadah iaitu dorongan nafsu yang kuat untuk mengambil dadah (tanpa keupayaan untuk mengawal pengambilan) dan sindrom penarikan yang menyebabkan ketidakselesaan fizikal dan kehilangan motivasi apabila dadah tidak diberikan. Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan kebergantungan atau ketagihan. Ketagihan (kebergantungan) dadah ialah penggunaan bahan secara berulang, walaupun ia mendatangkan kesan negatif dan kadang kala berbahaya .
Oleh kerana kesannya terhadap otak dan gejala tarikan serius yang boleh menyebabkan kesakitan fizikal, ketagihan ialah sejenis penyakit kronik (jangka panjang) dengan kadar berulangan yang tinggi. Ditambah pula dengan tanggapan buruk masyarakat terhadap masalah ini, individu yang cuba mengatasi ketagihan mereka menghadapi masalah besar untuk menanganinya.
Ketagihan dan kebergantungan kepada dadah ialah penyakit progresif. Keadaan ini boleh menyebabkan penagih hilang harga diri apabila mereka rasa mereka harus disalahkan, hilang punca kewangan apabila ketagihan mereka menyebabkan mereka mengabaikan tugas mereka, dan kehilangan sokongan daripada orang tersayang yang tidak dapat membantu mereka. Ramai keluarga yang mengabaikan atau menyembunyikan hakikat bahawa orang tersayang mereka mengalami ketagihan dan kebergantungan kepada dadah.
Dalam keadaan paling buruk, individu tersebut mungkin dipinggirkan atau tidak diterima oleh keluarga masing-masing, menyebabkan mereka tidak mempunyai banyak pilihan. Tidak kira punca atau sebab seorang individu mula menyalahgunakan dadah, sama ada sebagai sesuatu aktiviti yang menyeronokkan atau untuk mengalihkan tumpuan daripada masalah lain, hakikatnya ialah usaha melepaskan diri daripada belenggu ketagihan memerlukan bantuan.
Merawat masalah ketagihan
Menyedari bahawa ketagihan berpunca daripada ciri fisiologi dan juga persekitaran, kaedah rawatan paling berkesan ialah pendekatan serampang dua mata yang menangani keperluan atau ketagihan fizikal dan juga keperluan psikologi dan emosi penagih. Walaupun orang ramai sudah biasa dengan kaedah pemulihan ketagihan, iaitu seseorang penagih dimasukkan ke sebuah institusi perubatan sepanjang rawatan, terdapat satu lagi pilihan rawatan yang dikenali sebagai terapi penggantian dadah (DST) di mana penagih dirawat dengan ubat untuk mengurangkan keinginan tetapi tanpa perasaan amat gembira (euforia) yang dikaitkan dengan penggunaan dadah sebenar.
Dengan cara ini, kebergantungan otak kepada kesan dadah akan berkurangan sehinggalah pesakit berkenaan boleh mengelakkan diri sama sekali daripada menggunakan dadah. Ada dua jenis DST yang boleh digunakan:
* Buprenorphine - sejenis rawatan baru dalam bentuk tablet yang diletakkan di bawah lidah. Sebagai opioid agonis separa, ia mengikat kepada reseptor opioid dalam otak dengan cara yang sama seperti dadah opioid tanpa kesan penuh supaya penggunaannya tidak menyebabkan perasaan euforia. Jika pengguna cuba mengambil lebih daripada dos yang diperlukan, dia akan mengalami gejala tarikan. Dalam kes ini, buprenorphine akan bertukar daripada agonis separa kepada antagonis.
Buprenorphine juga mengandungi naxolone, yang menyebabkan gejala tarikan serius jika tidak diambil mengikut arahan. Ini bertujuan mengurangkan kemungkinan rawatan disalahgunakan, memudahkan pesakit mendapatkan rawatan dan mengurangkan kos penyeliaan jangka panjang pesakit. Bentuk rawatan ini memberikan peluang kepada pesakit yang bergantung kepada opioid untuk bertukar lebih awal kepada terapi di rumah dan pengambilan dos yang tidak kerap (selang sehari), membolehkan pesakit meneruskan kehidupan mereka, sama ada bekerja atau menguruskan rumah tangga.
* Methadone - sejenis ubat oral cecair yang diambil setiap hari di pejabat doktor atau klinik methadone di bawah penyeliaan langsung. Methadone ialah sejenis opioid agonis penuh yang mengaktifkan reseptor opioid dalam otak, merangsang reseptor untuk menghalang isyarat sakit dan menyebabkan perasaan euforia. Namun, pemantauan rapi diperlukan kerana pengguna mungkin menambahkan dos untuk mencetus perasaan euforia.luxumanahttp://www.blogger.com/profile/07647843786561632823noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8452230519273145536.post-20886342721019700282008-12-17T00:06:00.002-08:002008-12-17T00:07:59.415-08:00Sindrom HaglundSINDROM Haglund adalah punca lazim kesakitan tumit di kalangan populasi di negara ini. Sindrom ini mengakibatkan bengkak, kesakitan dan kesukaran memakai kasut.
Keadaan ini boleh terjadi kepada semua peringkat usia terutamanya kepada mereka yang memakai kasut yang mempunyai penutup tumit yang keras. Keadaan ini juga akan merumitkan seseorang untuk berjalan dengan sempurna.
Tumit kaki mengandungi tulang yang terbesar di dalam anggota kaki yang dipanggil ‘Calcaneus’. Di belakang Calcaneus ini adalah cantuman tendon Achilles. Tisu yang besar dan kuat inilah yang membantu manusia untuk berjalan dan melompat.
Struktur dikenali sebagai Retrocalcaneal bursa pula terletak di antara tisu Achilles dan Calcaneus. Ia berbentuk seperti kantung yang berisi cecair yang membolehkan tisu meluncur dengan tulang calcaneum. Bursa terdapat di seluruh badan kita di mana tisu meluncur di atas tulang.
Sindrom Haglund terjadi apabila Retrocalcaneal bursa membengkak akibat tekanan yang berulang pada belakang tumit melalui kasut yang dipakai setiap hari.
Kedua-dua bursa dan tisu Achilles tertekan di antara bonggol Haglund dan kasut. Inilah yang menyebabkan keradangan kepada struktur tulang, bengkak dan rasa sakit.
Dengan tekanan yang berulang, tendon Achilles akan menjadi rapuh atau semakin nipis pada cantuman dengan Calcaneus yang lama-kelamaan melemahkan tisu berkenaan dan seterusnya akan terputus.
* Simptom
Tanda yang utama sindrom ini adalah sakit di belakang tumit. Kesakitan asalnya bermula apabila kawasan yang bengkak bergeser dengan hujung tumit kasut.
Lama-kelamaan kesakitan ini akan merebak kepada tendon Achilles. Apabila keadaan semakin serius, ia boleh mengakibatkan otot pada betis (gastrocnemius) menjadi kecil dan tendon Achilles terputus.
* Diagnosis
Diagnosis bermula dengan pakar Ortopedik membuat pemeriksaan dan merekodkan sejarah perubatan pesakit. Tanda yang ketara adalah apabila terdapat bengkak di belakang tumit sama ada dengan atau tanpa tanda-tanda keradangan.
Gambar imbasan sinar-X tumit akan diambil untuk menentukan bentuk Calcaneus, bonggol Haglund dan sama ada terdapat pembentukan kalsium dalam tendon Achilles.
Punca-punca lain yang boleh mengakibatkan rasa sakit pada bahagian tumit kaki juga perlu dikecualikan sebelum didiagnosis sebagai Sindrom Haglund.
* Rawatan
Rawatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu melalui pembedahan atau tanpa pembedahan. Majoriti atau kebanyakan kes pada peringkat permulaannya dirawat tanpa memerlukan apa-apa pembedahan dilakukan.
Walau bagaimanapun, pembedahan tidak dapat dielakkan sekiranya simptom berterusan dan rawatan tanpa pembedahan tidak menunjukkan sebarang tindak balas positif.
* Rawatan tanpa pembedahan
Punca utama kesakitan adalah cara pemakaian kasut dan tekanan pada belakang tumit. Langkah wajar yang patut diambil adalah dengan tidak memakai kasut yang mempunyai penutup belakang tumit seperti selipar atau sandal.
Jika memakai kasut sebegini, pad silikon boleh dilekatkan pada belakang tumit kasut untuk memberi keselesaan pada kawasan tumit kaki dan untuk mengelakkan geseran.
Langkah-langkah rawatan lain memberi tumpuan dalam mengurangkan keradangan di sekitar kawasan tumit kaki dan tisu Achilles.
Ini boleh dirawat menggunakan ubat anti keradangan yang tidak mengandungi steroid, terapi lilin (wax) dan ultrasound.
Simulasi Trancutaneous Electro Nervous (TENS) juga boleh diaplikasikan untuk melegakan kesakitan.
Jika gejala penyakit tidak berkurangan melalui kaedah-kaedah ini, dan ada tanda-tanda seperti benjol yang besar dan pembentukan kalsium dalam tendon Achilles, pembedahan segera perlu dilakukan.
* Pembedahan
Tujuan utama pembedahan adalah untuk mengurangkan tekanan kepada belakang tumit kaki dengan mengurangkan bonggol tersebut.
Ini boleh dilakukan dengan membuang bonggol Haglund atau pun dengan cara osteotomi calcaneal wedge. Lama-kelamaan, ketebalan tisu pada belakang tumit kaki akan mengecut kepada saiz asal.
* Mengeluarkan bonggol Haglund
Bonggol Haglund boleh dikeluarkan melalui dua kaedah pembedahan iaitu secara terbuka (melalui insisi) atau endoskopi (insisi kecil).
Sebahagian kecil bonggol akan dibuang dan dibentuk semula untuk mengelakkan pertindihan pada tendon Achilles.
Retrocalcaneal bursa dan ruang di sekitarnya akan dibersihkan. Kaedah pembedahan secara insisi terbuka adalah lebih sesuai bagi pesakit yang mempunyai pembentukan kalsium dalam tendon Achilles.
Selepas pembedahan, insisi akan ditutup dengan jahitan dan kaki dibalut. Acuan separa plaster akan digunakan bagi mengelakkan pergerakan yang berlebihan dan untuk melegakan kesakitan.
Bonggol Haglund adalah punca lazim kesakitan pada tumit kaki dalam populasi. Adalah penting punca-punca lain dikecualikan supaya rawatan sempurna dapat diberikan untuk melegakan gejala yang dialami pesakit.
Sindrom ini adalah sesuatu yang boleh dirawat dengan sempurna untuk memberi keselesaan kepada pesakit yang menghidapinya.luxumanahttp://www.blogger.com/profile/07647843786561632823noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8452230519273145536.post-14744631449715866332008-12-17T00:06:00.001-08:002008-12-17T00:06:41.891-08:00Tenaga semulajadi CoQ10 larut airBAGI penduduk tua yang kian meningkat bilangannya, semakin banyak tumpuan diberi kepada langkah pencegahan, bukan sahaja terhadap berbagai jenis penyakit berkaitan penuaan, tetapi juga terhadap proses penuaan itu sendiri.
Penuaan dianggap sebagai satu proses yang akan tetap menimpa semua organisma hidup dan ia tidak dapat dielakkan dan sama sekali tidak dapat diterbalikkan.
Apabila Alexander Fleming menemui antibiotik penisilin, para doktor di seluruh dunia dan rakan sejawat beliau di Edinburgh ketawa besar apabila beliau menyatakan penisilin akan menjadi sejenis ubat yang paling mujarab untuk menentang kebanyakan jenis jangkitan.
Apabila Stanley Prusiner mula mengemukakan teori ‘prion’ untuk menghuraikan penyakit ‘Lembu Gila’ pada 1982, beliau terpaksa bersabar menerima bermacam bentuk ejekan daripada rakan sejawatnya, namun semuanya itu dapat disangkal selepas beliau memenangi Hadiah Nobel.
Kini, satu penemuan terbaru yang menakjubkan dalam bidang kesihatan, iaitu pencapaian yang dapat meningkatkan tenaga dan kecergasan, membantu sistem imun, meningkatkan kekuatan dan kesihatan jantung kita (melegakan angina dan melindungi serangan jantung, menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi), mengekalkan gigi dan gusi yang lebih sihat.
Kemunculan terbaru ini pada umumnya berlaku secara tidak disedari oleh ramai orang di Malaysia.
Apakah kemungkinan penemuan terbaru yang ada hubung kait dengan keunggulan kesihatan ini sedikit pun tidak disedari ramai?
Ia ialah koenzim Q10 (CoQ10). CoQ10 ialah sejenis jisim yang menyerupai vitamin yang dijumpai di dalam setiap sel badan manusia.
Tenaga
CoQ10 memainkan peranan penting dalam pengeluaran tenaga biologi Adenosine Triphosphate (ATP).
Tanpa CoQ10, badan kita tidak berupaya untuk menjana tenaga, dan tanpa tenaga kehidupan tidak akan wujud.
Semasa kita muda, sel kita sarat dengan CoQ10 untuk mengeluarkan begitu banyak tenaga bagi menggerakkan badan dengan cekap dan kuat.
Apabila semakin tua, badan kita mengeluarkan semakin sedikit CoQ10 dan ini akan menyebabkan kemerosotan pengeluaran tenaga.
Maka, kekurangan tenaga ini akan menjejaskan semua aspek kehidupan kita, mengancam kesihatan dan pada masa yang sama mempercepatkan proses penuaan badan.
Terdapat beberapa tanda amaran tentang kemerosotan tenaga, seperti yang tersenarai di bawah ini. Kenal pasti tanda-tanda yang mungkin ada kaitan dengan anda.
* Tanda Pertama: Minda anda berkata ‘pergi sekarang’ tetapi badan anda berkata ‘tunggu dahulu’.
Boleh dikatakan setiap orang yang berusia lebih 30 tahun akan melalui pengalaman seperti ini pada suatu ketika dalam hidup mereka.
Otak anda menyuruh anda pergi dan melakukan sesuatu tetapi badan anda terlampau letih untuk bergerak untuk melakukannya.
Mungkin ia merupakan suatu kegiatan yang biasa sahaja seperti pergi berjalan-jalan atau memasak ataupun sesuatu kegiatan tambahan seperti pergi bersenam di gimnasium.
Apa jua kegiatan itu, anda kelihatan seperti tidak bermaya dan tidak bertenaga untuk melakukan sebarang kegiatan.
Adakah hari anda nampaknya menjadi semakin singkat? Nampaknya anda tidak lagi dapat memasukkan semua kegiatan anda ke dalam jadual harian anda.
Misteri hari yang terasa semakin singkat seperti ini merupakan satu lagi tanda kemerosotan tenaga.
* Tanda Kedua: Anda bangun daripada tidur dan berasa lebih letih daripada sebelum tidur. Adakah anda berasa begitu susah untuk bangun setiap pagi?
Terdapat dua sebab mengapa anda bangun dari tidur dan berasa lebih letih, sama ada tidak cukup tidur atau mutu tidur yang tidak baik.
Kita memerlukan enam hingga lapan jam tidur untuk bangun pagi dengan lebih segar dan aktif. Jika anda telah pun memperolehi tidur yang cukup tetapi masih lagi bangun dengan rasa letih, maka barangkali anda sedang menghampiri krisis tenaga.
Tekanan atau ketegangan merupakan satu lagi pemusnah tidur, yang juga merupakan suatu keadaan yang lebih sukar untuk ditangani apabila anda berada di peringkat kekurangan tenaga.
Tekanan (stres) selanjutnya menyusutkan paras tenaga kita, membuatkan kita dua kali ganda lebih letih daripada sebelumnya.
* Tanda Ketiga: Ketagih untuk tidur tengah hari. Adakah anda rasa lebih letih apabila hari semakin lanjut?
Adakah anda mengelak mesyuarat yang diadakan selepas makan tengah hari kerana anda tahu anda tidak dapat membuka mata anda serta menahan mengantuk? Kelesuan pada tengah hari seperti ini merupakan satu tanda biasa kemerosotan tenaga.
* Tanda Keempat: Otak yang kabur. Adakah anda berasa lembap dan tidak dapat menumpukan fikiran ataupun mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan pada waktu tertentu setiap hari?
Adakah ingatan anda mengecewakan anda pada sesuatu ketika? Kehilangan daya ingatan otak yang tidak ketara seperti ini merupakan satu lagi tanda yang badan anda sedang mengalami keadaan tenaga yang rendah.
* Tanda Kelima: Anda makan berlebihan kerana tenaga anda rendah. Barangkali anda juga menyimpan timbunan makanan ringan dalam laci atau peti sejuk untuk memuaskan nafsu makan anda yang seringkali berlaku apabila anda berasa letih. Apa akan jadi selepas itu?
Tenaga anda meningkat buat beberapa minit, tetapi akan merudum semula dan anda terpaksa memakan banyak lagi makanan ringan itu.
Satu-satunya yang anda dapat dari semua ini ialah tambahan berat badan sahaja. Tindakbalas badan terhadap kelaparan dan keletihan adalah hampir sama.
Ramai antara kita silap tanggapan kerana menyifatkan keletihan sebagai kelaparan dan terus mencari makanan walaupun anda tidak perlu berbuat demikian, akibatnya berat badan yang tidak diingini itu akan bertambah.
Keterangan di atas adalah beberapa tanda kemerosotan tenaga yang jika diabaikan akan menyebabkan kesusutan dalam sistem tenaga anda, yang akhirnya akan menjejaskan setiap aspek kehidupan anda.
Sekiranya anda sedang mengalami satu atau lebih tanda-tanda amaran ini, anda boleh mengambil langkah untuk meningkatkan semula sistem tenaga anda.
Walaupun CoQ10 wujud secara semulajadi dalam beberapa jenis makanan seperti daging lembu dan sayuran, jumlah CoQ10 dalam makanan ini adalah kecil.
Adalah sukar untuk mendapatkan jumlah CoQ10 yang mencukupi setiap hari dari makanan kita semata-mata. Oleh itu antara penyelesaian terhadap masalah ini ialah melalui pengambilan suplemen CoQ10.
Panduan membeli suplemen
Kebiasaannya suplemen-suplemen CoQ10 tidak dapat diserap dengan mudah oleh badan (serbuk CoQ10 yang diampaikan dalam minyak soya, di dalam kapsul gel lembut; pil-pil yang berasaskan serbuk; atau kapsul gelatin keras yang diisikan dengan serbuk).
Ini adalah kerana saiz zarah CoQ10 adalah sangat besar, dan tambahan pula ianya tidak larut air serta tidak begitu larut dalam lipid yang membuatnya sukar untuk diserap oleh badan.
Namun demikian, terdapat satu bentuk CoQ10 yang larut air (hydrosoluble) dan diperbuat dengan menggunakan teknologi ‘Biosolv’ yang dipatenkan.
Ini dapat mengurangkan saiz zarah CoQ10 daripada 25 hingga 70 mikron kepada kurang 0.3 mikron, malah saiz ini adalah lebih kecil daripada saiz bakteria! Oleh itu ia dapat diserap dengan mudah ke dalam aliran darah.
Apa yang tidak dapat diserap ke dalam aliran darah tidak boleh digunakan oleh badan. Dengan mengambil CoQ10 larut air, lebih banyak CoQ10 boleh diserap ke dalam aliran darah untuk meningkatkan paras tenaga dalam badan anda.
Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.luxumanahttp://www.blogger.com/profile/07647843786561632823noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8452230519273145536.post-75797391301447012922008-12-17T00:04:00.002-08:002008-12-17T00:05:55.953-08:00Antara tempoh dan kualiti tidurTIDUR yang cukup dan memuaskan merupakan sesuatu yang semakin sukar diperolehi di dalam dunia moden yang amat sibuk.
Banyak kajian telah menunjukkan bahaya waktu tidur terlalu singkat sedangkan manusia memerlukan antara tujuh ke lapan jam tidur setiap hari.
Dari kemalangan seperti kemalangan jalan raya, sehinggalah kepada bermacam penyakit lain telah dikaitkan dengan tidak cukup tidur yang kronik (berlarutan).
Kekurangan masa dan kualiti tidur dikatakan menghakis keupayaan dan fungsi badan sehingga mendedahkan kita kepada penyakit jantung, diabetes dan bermacam penyakit lain lagi.
Kualiti tidur juga kini semakin banyak menerima perhatian penyelidik kerana dikhuatiri menjejaskan hidup lebih banyak hidup penduduk dunia berbanding kurang tidur (insomnia).
Antara yang diberi perhatian adalah halangan laluan udara salur pernafasan seperti Apnea Tidur Halangan (OSA) yang boleh menyebabkan penghidap sering terjaga (tersentak) dari tidur atau berhenti bernafas selama 30 saat, berkali-kali setiap malam.
Pakar Sains Neuro (saraf) Universiti Bandar New York, Dr. William Fishbein menjelaskan terdapat juga kaitan antara tempoh dan kualiti tidur dengan daya ingatan seseorang.
Tahap ‘tidur gelombang perlahan’ iaitu tahap tidur yang nyenyak, sebelum seseorang mencapai tahap tidur bermimpi (tahap REM), dikatakan mungkin memainkan peranan penting dalam membantu kita menyelesaikan masalah.
“Mungkin otak manusia terus bekerja dalam tahap gelombang perlahan ini untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan menimbulkan idea-idea penyelesaian baru (yang tidak difikirkan sebelum tidur),” katanya.
Kajian yang dijalankan Dr. Fishbein mendapati sukarelawan yang hanya tidur pada tahap gelombang perlahan dan tidak bermimpi (tahap REM) secara automatik lebih cekap mengenali huruf-huruf tulisan Cina.
Kumpulan berkenaan dibiarkan tidur (tahap gelombang perlahan) selama 90 minit sahaja tetapi cuma 12 minit tidur pada tahap tersebut didakwa sudah cukup berkesan untuk meningkatkan daya ingatan.
Bagaimanapun, penyelidik dari Universiti California, Los Angeles pula mendapati gangguan tidur, sama ada bunyi luar, kesan usia, dengkur pasangan mahupun OSA akan menjejaskan daya ingatan untuk berminggu-minggu lamanya.
“Gangguan tidur boleh menghalang pembentukan sel baru di dalam bahagian memori otak (hippocampus).
“Ini cukup untuk mengganggu keupayaan seseorang mempelajari sesuatu yang baru, sehingga beberapa minggu lamanya selepas kualiti tidur kembali normal,” jelas Dr. Dennis McGinty dari universiti tersebut.
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) juga menggambarkan tidak cukup atau kurang kualiti tidur sebagai satu masalah kesihatan umum yang kurang diperakui.
Tambahan pula, kajian awal Institut Kanser Kebangsaan AS sendiri menunjukkan peningkatan risiko kanser sebanyak 47 peratus bagi mereka yang mendapat kurang tujuh jam tidur setiap hari.
Bagi seseorang yang sudah membiasakan diri, mungkin tidur yang nyenyak selama empat setiap hari sudah mencukupi.
Namun, kebanyakan pakar bersetuju gangguan seperti OSA atau mana-mana tahap apnea tidur (gangguan aliran udara), gangguan luar (dengkur pasangan) dan kekangan masa tidur perlu ditangani segera bagi mengekalkan kualiti tidur.
Turut ditekan supaya mengelak amalan ‘bulimia tidur’ iaitu tidur lewat setiap malam, kemudian menghabiskan hujung minggu dengan tisur sepuas-puasnya.
Tidak perlu rasa bersalah jika anda ingin tidur selagi ia memenuhi keperluan waktu rehat dan tidak menjejaskan tugas harian.luxumanahttp://www.blogger.com/profile/07647843786561632823noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8452230519273145536.post-73374497172873689192008-12-17T00:04:00.001-08:002008-12-17T00:04:54.298-08:00RawatanDALAM merawat masalah dengkur, apa yang perlu dipastikan terlebih dahulu adalah jenis dan bahayanya kepada penghidap.
Dr. Abd. Razak menjelaskan perlu dibezakan sama ada terdapat dengkur yang teruk dan kehadiran apnea (OSA).
“Sejarah kesihatan pesakit akan diperiksa terlebih dahulu di samping ujian-ujian tertentu bagi menentukan masalah tersebut cuma dengkur biasa, teruk atau ada kehadiran apnea.
“Jika cuma masalah dengkur biasa (dan tiada apnea) dengan berat badan berlebihan, pesakit biasanya cuma dinasihatkan supaya mengurangkan berat badan,” katanya.
Tegas beliau, bentuk rawatan bergantung kepada punca, kesesuaian keadaan dan berapa teruk dengkur pesakit, terutamanya jika salur udara terhalang (apnea).
Tambahnya, pembedahan selalunya menjadi pilihan terakhir. Namun rawatan dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit dan ada pesakit yang dapat mengawal tekanan darah dengan lebih baik selepas rawatan apnea dan dengkur.
Prinsip rawatan dengkur juga dikatakan sama iaitu untuk menguatkan palet (lelangit) yang besar dan mengurangkan getaran yang menghasilkan bunyi dengkur.
Antara kaedah rawatan bagi mengurangkan getaran (dengkur) atau apnea termasuk:
l Membuang tonsil - tonsil merupakan punca biasa dengkur di kalangan kanak-kanak.
l Alat pelarasan mandibel (rahang) - untuk membetulkan kedudukan rahang yang kecil sehingga lidah menghalang laluan udara.
l Alat menekan lidah - alat dibuat mengikut saiz lidah individu, elakkan halangan laluan udara di belakang kerongkong
l Frekuensi radio - membakar dan mengecutkan tisu lidah bagi masalah masalah lidah besar dan rahang kecil.
l C-pap (tekanan positif berterusan laluan udara) - pilihan akhir jika tidak mahu dibedah, mengepam udara masuk semasa tidur. Pesakit perlu memakai topeng udara semasa tidur dengan kos penyelenggaraan tahunan sekitar RM7,000 hingga RM9,000.
Dr. Abd. Razak menjelaskan masalah struktur seperti tulang hidung bengkok atau patah perlu dirawat sewajarnya bagi mengurangkan dengkur dan mengelakkan apnea.
“Masalah struktur salur udara yang menghalang aliran udara perlu dirawat mengikut kesesuaian.
“Pembuangan tonsil dan pembedahan menanam pillar merupakan kaedah yang paling biasa dijalankan kini,” dakwanya.
Beliau bagaimanapun memaklumkan terdapat pesakit yang tidak mahu dibedah, yang memerlukan penggunaan bius penuh, dan memilih kaedah lain seperti c-pap untuk mengurangkan dengkur dan apnea.
Menurut Dr. Abd. Razak, pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan laser, pemotong elektrik atau alat frekuensi radio.
“Satu lagi kaedah yang agak popular kini adalah kaedah penanaman pillar yang mengurangkan getaran dan juga kurang sakit,” ujarnya.
Beliau menyatakan semua teknik yang digunakan bertujuan menghasilkan ‘parut’ pada lelangit, seterusnya menguatkannya dan mengurangkan getaran.
Penggunaan pillar mengurangkan masa penyembuhan berbanding pembedahan tetapi mahal kerana menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat.
Beliau memaklumkan kaedah pillar juga tidak ditanggung sesetengah insurans kesihatan kerana melibatkan masalah tidur dan dikaitkan dengan masalah obesiti.
“Walaupun individu dengan berat badan berlebihan memang lebih mudah berdengkur, masalah berat badan itu sendiri mungkin berpunca daripada masalah kelenjar endokrin (kelenjar pineal, pituitari, tiroid, thymus, adrenal, pankreas, ovari atau testis),” jelasnyaluxumanahttp://www.blogger.com/profile/07647843786561632823noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8452230519273145536.post-5141375143982411762008-12-17T00:02:00.000-08:002008-12-17T00:03:57.546-08:00Kurang dengkur, nyenyak tidurANDA cukup tidur? Bagaimana dengan pasangan atau ahli keluarga anda? Mungkin anda lesu walaupun selepas berjam-jam tidur akibat apnea (aliran udara terhalang), sementara pasangan anda pula lesu kerana melayan alunan dengkur anda sepanjang malam.
Dianggarkan hampir 5.55 juta penduduk Malaysia, tidak mengira jantina dan umur, menghasilkan orkestra dengkur setiap malam, sama ada ‘berdengkur tetap’ ataupun ‘berdengkur sambilan’.
Masalah dengkur bukan sahaja mengganggu penghidap malahan orang di sekitarnya, dan mungkin menjejaskan kualiti tidur lebih satu pertiga penduduk negara ini setiap malam.
Dengkur juga mengganggu ketenangan percutian dan perjalanan jauh di dalam bas, kereta api mahupun kapal terbang.
Ada juga pasangan yang terpaksa tidur berasingan kerana tidak tahan dengan ‘dengungan’ berpanjangan setiap malam.
Dengkur bukan apnea
Masalah struktur sekitar salur pernafasan biasanya akan menyebabkan dengkur berpanjangan sementara masalah hidung tersumbat, keletihan dan penggunaan ubat tertentu menyebabkan ‘dengkur sambilan’.
Gangguan tempoh dan kualiti tidur penghidap dengkur dan orang di sekelilingnya dalam jangka panjang dikhuatiri membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.
Tidur tidak cukup atau kurang kualiti mungkin membawa kepada diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok serta gangguan fungsi dan ketahanan badan.
Pakar Bedah dan Perunding Leher dan Kepala (ENT), Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Dr. Abd. Razak Rahman Hamzah menegaskan dengkur adalah sesuatu yang hanya berlaku ketika tidur dan ia berbeza berbanding apnea.
“Penyempitan salur udara menyebabkan pergolakan tekanan udara dan getaran palet lembut (lelangit) serta dinding farinks. Getaran ini seterusnya menghasilkan bunyi khusus dengkur.
“Apnea pula merupakan halangan penuh salur pernafasan (hidung atau mulut) sehinggakan penghidap berhenti bernafas sekurang-kurangnya 10 saat, berulang kali semasa tidur,” katanya. Menurut beliau, dengkur dan apnea mungkin hadir bersama atau hanya salah satu sahaja.
Tegasnya, bahaya utama adalah apabila penghidap dengkur mempunyai Apnea Tidur Halangan (OSA) yang teruk, menyebabkannya berhenti bernafas lebih 30 saat, berulang kali semasa tidur.
Oleh itu, individu yang berdengkur perlu menjalani ujian tertentu bagi menentukan klasifikasi dengkur biasa, sehinggalah ke tahap OSA yang teruk.
Individu yang mengalami dengkur biasa tidak menghadapi banyak masalah selain bunyi dan keselesaan tidur (penghidap dan ahli keluarga).
Namun, individu yang berdengkur dengan kuat dan mengalami OSA yang teruk mungkin terjejas kesihatannya dalam jangka panjang.
Tahap teruknya apnea ditentukan melalui kiraan setiap jam, rendah (10 apnea sejam), sederhana (20 hingga 30) atau teruk (lebih 40 apnea sejam).
Dengkur dan apnea boleh menyebabkan kekurangan oksigen ke otak dan jantung, menjejaskan fungsi otak dan tekanan kepada jantung (jantung makin besar, denyut jantung dan pernafasan makin laju).
Gangguan tidur pesakit jelas kelihatan jika mereka masih mengantuk di waktu pagi sementara kanak-kanak kelihatan sukar memberi tumpuan.
Dr. Abd. Razak menjelaskan kira-kira 20 peratus populasi penduduk negara ini mempunyai masalah dengkur.
“Ia lebih kerap berlaku di kalangan lelaki dan individu berumur lebih 40 tahun. Namun terdapat juga peratusan kecil penghidap dengkur di bawah umur 30 tahun.
“Mereka yang kuat minum minuman beralkohol dan mempunyai berat badan berlebihan juga lebih mudah berdengkur,” ujarnya.
Jelas beliau, kanak-kanak juga mungkin berdengkur, selalunya berpunca daripada masalah tonsil.
Keluarga
Masalah dengkur turut menjejaskan tidur pasangan serta keluarga penghidap, dan selalunya merekalah yang mengenal pasti masalah tersebut.
Menurut Dr. Abd. Razak, sering kali pasangan penghidap yang mengadu tentang masalah dengkur tersebut sedangkan penghidap sendiri tidak mengakui atau tidak mengaitkan kelesuan serta sering rasa mengantuk dengan masalah dengkur.
“Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang memalukan kerana dengkur juga boleh berlaku jika seseorang itu terlalu letih dan juga dengan peningkatan usia. Ini kerana otot dan tisu lembut di sekitar salur pernafasan akan semakin kendur, seterusnya bergetar atau menghalang aliran udara.
“Orang kurus juga boleh berdengkur. Bunyi dengkur yang kuat pula tidak bererti masalah dengkur yang teruk, sebaliknya kehadiran apnea yang menentukan bahaya kepada penghidap,” tegasnya.
Jelas beliau, terdapat bermacam kaedah rawatan ditawarkan untuk mereka yang berdengkur atau mengalami apnea.
Tambahnya, kajian waktu tidur boleh dijalankan di rumah atau hospital, sementara kaedah rawatan mungkin semudah membetulkan posisi tidur dan mengurangkan berat badan, atau mungkin memerlukan pembedahan jika ia teruk atau membahayakan kesihatan.
Rawatan untuk mengurangkan atau menghentikan dengkur juga dapat meningkatkan kualiti tidur pasangan dan keluarga, mengurangkan bilangan ‘muka-muka lesu’ di sekolah dan pejabat.
Dengkur sememangnya bukan sesuatu yang perlu dimalukan, terutamanya dengan satu daripada lima rakyat negara ini berdengkur.
Namun, rawatan perlu dipertimbangkan jika ia mengganggu rehat anda dan keluarga, terutamanya jika dengkur anda diiringi masalah apnea.
Dapatkan maklumat terkini mengenai cara menguji dan merawat masalah dengkur anda melalui internet atau doktor pakar telinga, hidung dan tekak (ENT). Kembalikan kesunyian malam keluarga dan tingkatkan kecergasan pagi anda.luxumanahttp://www.blogger.com/profile/07647843786561632823noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8452230519273145536.post-79926613450938696112008-12-17T00:01:00.000-08:002008-12-17T00:02:30.191-08:00Diet seimbang pengaruhi kecergasan atletMAKANAN mempengaruhi kecergasan atlet dan seterusnya kemenangan selain latihan gigih dan semangat jitu semasa pertandingan.
Sehubungan itu, bagi mendapatkan tenaga yang cukup terutamanya bagi para atlet sebelum dan selepas pertandingan, maka mereka sentiasa diingatkan supaya mengambil makanan yang bersesuaian dengan keperluan ketahanan tubuh dan kecergasan yang dikehendaki.
Tidak dinafikan, banyak ahli sukan yang memandang enteng terhadap pemakanan kerana menganggap semua makanan boleh menyalurkan tenaga kepada mereka tanpa mengira khasiat yang terkandung di dalamnya dan kesan mengambilnya.
Bagaimanapun, selalunya, ahli sukan digalakkan mengambil makanan yang mengandungi hampir semua nutrien makanan kecuali yang terlalu berlemak kerana itu akan memudaratkan kecergasan atlet.
Tidak dinafikan, atlet terutamanya yang menyertai sukan lasak atau ekstrem, tidak sahaja boleh bergantung kepada makanan ruji atau harian yang diambil, ia perlu dibantu dengan pengambilan makanan tambahan berbentuk bahan diproses dalam membekalkan lebih tenaga dan mencepatkan pemulihan.
Kini, makanan tambahan atau makanan kecergasan bukan lagi suatu yang baru terutamanya kepada ahli sukan ekstrem. Ia menjadi kelaziman kepada golongan ini mengambilnya untuk mengoptimumkan tenaga semasa beraksi dan selepas pertandingan.
Ketua Pegawai Eksekutif Pemakanan Nestle, Richard Laube berkata, latihan, perlumbaan memerlukan tenaga tetapi di mana ia boleh dibekalkan. Semua ini boleh diperoleh sekiranya atlet mengambil berat mengenai pemakanan mereka.
''Sekiranya kalori yang dibakar berpadanan dengan makanan yang diambil, seseorang atlet itu akan berupaya untuk berlatih dan beraksi dengan baik. Tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak kalori dan berlemak, maka boleh menjejaskan kecergasan kerana lemak itu akan tepu.
''Bagaimanapun, jika terlalu sedikit pengambilan kalori pula, akan meningkatkan risiko mendapat kecederaan. Oleh itu, atlet yang menyertai sukan yang memerlukan banyak tenaga dan masa lama berlatih, memerlukan kalori dan diet yang seimbang. Dalam perkara ini, digalakkan mengambil makanan kecergasan selain makanan sedia ada semasa latihan dan perlumbaan,'' katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Nestle Nutrition-Helping Athletes Optimize Performance di Lausanne, Switzerland, baru-baru ini.
Menurut Laube, selain memberi tumpuan kepada pengeluaran produk pemakanan kanak-kanak, makanan kesihatan dan pengurusan berat badan, Nestle turut memberi penekanan terhadap makanan kecergasan terutama kepada ahli sukan.
Jelasnya, makanan kecergasan ini membantu ahli sukan beraksi lebih baik dan memenuhi keperluan psikologi serta ketahanan badan.
Mengapa ahli sukan memerlukannya? Untuk sihat, mengimbangi diet dan seterusnya kecergasan. Ia adalah produk pemakanan yang membantu membekalkan keperluan karbohidrat dan protein.
Justeru itu, beliau yang juga Timbalan Presiden Eksekutif Nestle S.A memberitahu, menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Nestle, maka lahirlah makanan kecergasan, PowerBar yang boleh diperoleh dalam bentuk bar, gel dan minuman.
Sementara itu, Ketua Perniagaan Global Nutrisi Kecergasan Nestle, Philip Annett menjelaskan produk PowerBar bukan sahaja sesuai untuk ahli sukan tetapi boleh dimakan bagi mereka yang mahukan tenaga tambahan bagi menjalankan aktiviti yang memerlukan tenaga berlebihan.
''Ia mengandungi rendah lemak, protein dan karbohidrat yang menyalurkan tenaga dan kalori yang mencukupi untuk pergerakan tubuh.
''Bagi pengguna Muslim, ia adalah halal. Kami di Nestle juga prihatin dengan pengguna beragama Islam. Walaupun kebanyakan pasaran PowerBar lebih di negara-negara Barat, namun bagi memenuhi permintaan di rantau Asia, maka pusat penyelidikan kami di Australia telah memastikan produk ini halal dan boleh dimakan oleh penganut Islam,'' katanya.
Ditanya mengenai jenis yang mana akan memberi tindakbalas yang cepat, Annett berkata, gel dan cecair akan bertindak pantas dalam membekalkan tenaga berbanding PowerBar berbentuk bar.
''Ini kerana gel dan cecair lebih cepat meresap di dalam tubuh manakala bar padat dan perlu dipecahkan semasa penghadaman,'' katanya.
Pengalaman ahli sukan
Juara Olimpik berbasikal lasak, Gunn-Rita Dahle Flesja yang telah menjadi juara dunia sebanyak lapan kali berpendapat, makanan tambahan yang sering diambil sebelum menjalani latihan atau perlumbaan penting supaya tenaga yang dibekalkan olehnya boleh disimpan lama dan sekali gus penghadaman lambat berlaku.
''Saya memang mementingkan pengambilan makanan seimbang terutamanya sebelum menjalani latihan atau perlumbaan. Saya selalu mengambil makanan seperti bijirin oat, kekacang dan buah-buahan yang membekalkan protein. Manakala setengah jam sebelum beraksi, saya akan mengambil minuman PowerBar bagi memberi lebih tenaga.
''Kemudian selepas perlumbaan, untuk memulihkan semula tenaga atau kecederaan, saya akan mengambil makanan kecergasan berupa gel dan bar yang khusus untuk pemulihan. Ini akan membantu pemulihan dengan cepat,'' katanya yang telah menggunakan produk PowerBar buat sekian lama.
Sementara itu, seorang lagi pengguna produk PowerBar, bekas Juara Dunia Ironman, Faris Al-Sultan berkata, pemakanan penting kepada atlet dalam mendapatkan stamina dan kecergasan semasa perlumbaan.
"Penglibatan saya secara profesional dalam sukan triatlon sememangnya mendedahkan dirinya terhadap risiko kecederaan dan kehilangan tenaga semasa perlumbaan.
"Justeru itu, saya tidak memandang mudah terhadap pemakanan kerana ia penting sebagai pemangkin kepada kekuatan dan tenaga untuk beraksi ke arah kecemerlangan dan seterusnya menggondol gelaran juara,'' katanya.
Beliau mengakui sering mengamalkan diet yang tinggi kalsium dan protein terutama produk tenusu, kekacang serta daging merah. Bahkan menjadi pengguna setia kepada makanan kecergasan PowerBar setiap kali berlatih dan bertanding.luxumanahttp://www.blogger.com/profile/07647843786561632823noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8452230519273145536.post-65736801617335068622008-12-17T00:00:00.000-08:002008-12-17T00:01:24.443-08:00Galak derma organ melalui mediaTAHUKAH anda di Malaysia sejak tahun 1979, hanya seramai 229 penderma organ telah dicatatkan. Manakala, dalam tahun ini sahaja, seramai 23 orang penderma telah mendermakan 24 buah pinggang, empat hati, 34 kornea, 11 injap jantung dan tiga set tulang.
Tetapi, berdasarkan statistik yang diberikan oleh Pusat Sumber Transplan Nasional, jumlah pesakit yang menunggu pendermaan untuk buah pinggang, jantung, paru-paru dan hati adalah seramai 4,181 orang. Manakala 6,162 orang lagi sedang dalam penilaian untuk dimasukkan ke dalam program ini. Cuba anda bayangkan berapa ramai pesakit yang mengharapkan ihsan anda supaya mereka diberi peluang menikmati kehidupan ini seadanya.
Buat julung kalinya Pusat Sumber Transplan Nasional mengadakan Kempen Media Pendermaan Organ 2008/2009 yang bertempat di Dewan Auditorium Hospital Kuala Lumpur.
Kempen media ini bertujuan untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat akan betapa pentingnya menderma organ selepas kematian.
Pusat Sumber Transplan Nasional, sebuah agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama-sama dengan pelbagai pihak termasuk agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) giat menjalankan kempen serta promosi kepada masyarakat berkenaan pendermaan organ selepas kematian.
Majlis itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye. Ia turut dihadiri oleh Ketua Penyelaras dan Pengurus Perolehan Transplan Kebangsaan, Datin Dr. Fadhilah Zowyah Lela Yasmin Mansor, serta wakil-wakil dari NGO.
“Sejak pendaftaran pengikrar penderma organ dibuka, jumlah pengikrar tertinggi dicatatkan pada tahun 2000 iaitu seramai 16,625 orang, manakala yang rendah adalah pada tahun 1998, iaitu seramai 2,264 pengikrar.
“Bagi tahun 2008, setakat 31 Oktober, jumlah pengikrar berdaftar yang telah dicatatkan adalah seramai 10,142 orang yang menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 120,838 orang,” kata Lam Thye dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.
Beliau berkata, media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada masyarakat dari berbilang latar belakang dan keturunan.
“Untuk mengajak dan menggalakkan masyarakat berikrar sebagai penderma organ bukanlah satu tugas yang mudah, namun ia tidak mustahil untuk dilakukan. Salah satu caranya adalah dengan menyampaikan mesej melalui media massa. Oleh yang demikian, KKM telah memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi menjalankan Kempen Media Pendermaan Organ,” tambah beliau.
Beliau menambah, Malaysia mencatatkan kadar kematian yang tinggi disebabkan kemalangan jalan raya.
“Sekiranya 10 peratus dari jumlah kematian itu mendermakan organ atau tisu, maka penderma hidup tidak lagi diperlukan,” ujar beliau.
Kempen media besar-besaran ini, jelasnya, merangkumi siaran iklan televisyen selama 30 saat dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Selain itu, media seperti media cetak juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan mesej serta maklumat lanjut berkaitan pendermaan organ.
“Mesej yang cuba disampaikan dalam iklan-iklan ini ialah untuk menyatakan betapa pentingnya kesedaran umum tentang pendermaan organ,” tambah beliau.
Pada majlis itu juga, logo Pusat Sumber Transplan Nasional dengan slogan ‘A Gift of Life’. Kempen media ini dijangka tamat pada Februari 2009. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.agiftoflife.gov.my.luxumanahttp://www.blogger.com/profile/07647843786561632823noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8452230519273145536.post-56682417760605777792008-12-16T23:58:00.000-08:002008-12-17T00:00:09.174-08:00Pesakit SLE perlu sokongan moralSEJAK beberapa tahun lalu, masyarakat semakin menyedari kewujudan penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau lupus yang mampu melumpuhkan kehidupan pesakit dengan simptom-simptom berbahaya termasuk mengalami serangan apabila terdedah pada cahaya matahari.
Di Malaysia, terdapat hampir 12,000 penghidap SLE dengan 90 peratus merupakan wanita manakala 10 peratus lagi terdiri daripada lelaki dan kanak-kanak berusia antara 15 hingga 50 tahun.
Ia merupakan penyakit auto-imun kronik di mana sistem imunisasi tubuh mula menghasilkan antibodi yang menyerang bahagian tubuh yang sepatut dilindunginya.
Auto-antibodi berkenaan mengakibatkan keradangan sehingga merosakkan organ badan seperti sendi, kulit, buah pinggang, paru-paru, saluran darah dan otak.
Naib Presiden Persatuan SLE Malaysia (PSLEM), Dr. Yeap Swan Sim berkata, simptom yang melanda setiap pesakit berbeza-beza mengikut individu namun setiap satunya memerlukan kaedah rawatan, pengurusan dan sokongan moral sebagai perangsang.
"Buat masa ini, tidak ada ubat khusus untuk SLE malah sejak 40 tahun lalu, pakar saintis masih belum menemui kaedah rawatan terbaru untuk mengubatinya.
"Ubat-ubatan yang digunakan kini merupakan rawatan untuk penyakit lain namun ia dapat membantu menangani kesan sampingan akibat SLE,'' katanya.
Sebahagian ubat-ubatan yang digunakan untuk mengurangkan simptom SLE dan mengawal lebihan aktiviti sistem imunisasi boleh menimbulkan kesan sampingan mudarat manakala ubat yang baru pula memakan perbelanjaan lebih besar.
Ini kerana, pengambilan corticosteroid (prednisolone) dan immunosuppresant untuk jangka panjang boleh mengakibatkan komplikasi seperti darah tinggi, diabetes, katarak dan kerosakan anggota badan lain selain menopaus awal seterusnya kemandulan.
Pun begitu, kajian mendapati berlaku peningkatan pada taraf kehidupan pesakit SLE di mana 97 peratus pesakit berupaya memanjangkan kehidupan sehingga lima tahun manakala 80 peratus hingga 90 peratus lagi hingga 10 tahun.
"Penemuan itu berkait rapat dengan pilihan rawatan lebih baik berbanding dahulu yang boleh diperoleh oleh para penghidap SLE sekarang.
"Justeru, pesakit boleh menjalani kehidupan normal. Kajian membuktikan bahawa 15 peratus hingga 20 peratus pesakit tidak mengalami kesan sampingan klinikal dengan pengambilan ubat-ubatan secara minimum,'' kata Swan Sim.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar program tahunan 'Walk-A-Payung' (Jalan Berpayung) di perkarangan pusat membeli-belah Sunway Pyramid, baru-baru ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Walk-A-Payung 2008, Datin Rahmah Kassim, Setiausaha Eksekutif PSLEM, Chee Siew Lian dan ahli jawatankuasa Lions Club Subang Jaya, Patrick Chong dan Sang Chin Chye.
Tahun lalu, Walk-A-Payung berjaya diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai larian berpayung terbesar pernah diadakan dengan lebih 727 penyertaan daripada orang ramai termasuk badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan kebajikan.
Sementara itu, menurut Rahmah, payung yang dibawa oleh para peserta sejauh dua kilometer itu melambangkan sokongan terhadap penghidap SLE yang boleh diserang bila-bila masa jika terdedah kepada cahaya matahari.
"Kami berharap dapat mengumpul dana yang lebih besar tahun ini untuk memperluaskan perkhidmatan di seluruh negara termasuk Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Kuantan dan Johor Bahru,'' katanya.
PSLEM mempunyai kaunselor di lima buah hospital di sekitar Lembah Klang yang berperanan memberi sokongan kepada pesakit yang baru disahkan menghidap SLE dan keluarga mereka.
Tambah Rahmah, pihaknya menyasarkan kutipan dana berjumlah RM500,000 bagi membantu pesakit kurang berkemampuan membiayai rawatan, implan katarak dan menggantikan pinggul atau pembedahan anggota badan yang rosak akibat pengambilan steroid untuk jangka masa panjang.
Katanya lagi, lebih 1,000 peserta dijangka mengambil bahagian dalam acara larian berpayung yang akan diadakan tidak lama lagi dalam usaha menyebar kesedaran terhadap SLE dan cabaran yang dihadapi pesakit dalam menjalani kehidupan seharian tanpa boleh terdedah kepada cahaya matahari.
Pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, permainan dan kuiz untuk seisi keluarga.
Tiket dijual pada harga RM20 setiap satu dan boleh didapati di pejabat PSLEM,Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, No. 16, Jalan Utara, Petaling Jaya.luxumanahttp://www.blogger.com/profile/07647843786561632823noreply@blogger.com0